Umno Tanjong Malim Gesa Tindakan Tegas Terhadap Ahli Parti

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mac 2016 1:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno Bahagian Tanjung Malim menggesa Majlis Tertinggi Umno mengadakan mesyuarat tergempar bagi mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin dan anggotanya yang melanggar etika parti kerana bersekongkol dengan pembangkang bagi menjatuhkan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Umno Bahagian Tanjong Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata Umno bahagian itu juga kesal dengan tindakan kumpulan itu yang ingin menjatuhkan Najib daripada jawatan perdana menteri secara tidak demokratik.

"Kami melahirkan rasa kesal dan kecewa atas sikap segelintir pemimpin dan bekas pucuk pimpinan UMNO yang bersekongkol dengan parti pembangkang dalam agenda untuk menjatuhkan Najib," katanya dalam satu kenyataan di sini Sabtu.

Katanya Umno bahagian itu akan tetap memberikan taat setia tanpa berbelah bahagi terhadap kepimpinan Najib sebagai perdana menteri dan presiden parti.

Pada Jumaat, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR dalam memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.

Penandatanganan lain termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Umno , tindakan tegas , Mukhriz Mahathir

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan