Penarikan Subsidi Tepung 25kg Bukan Alasan Naikkan Harga Makanan

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mac 2016 4:12 PM

(Ubah saiz teks)

LARUT: Pengusaha restoran tidak wajar menjadikan penarikan balik subsidi tepung gandum kegunaan am bagi pek 25 kilogram (kg) sebagai alasan untuk menaikkan harga makanan terutama roti canai.

Ini kerana, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin, kos bagi menghasilkan sekeping roti canai hanya dua sen.

"Kalau ada yang kata roti canai naik sebab tepung 25kg tak ada subsidi, sila buat laporan dan kita akan ambil tindakan terhadap mereka.

"Kita akan siasat bila restoran itu mula dibuka, kalau restoran itu dah buka selama lima tahun, jadi kompaun mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 adalah sebanyak lima tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Dendang di sini Sabtu.

Bermula 1 Mac lepas, kerajaan menarik balik subsidi tepung gandum kegunaan am bagi pek 25kg kerana kebanyakan isi rumah tidak membeli produk saiz berkenaan.

Harga subsidi tepung gandum untuk kegunaan am bagi pek sekilogram pula diteruskan dengan harga runcit kekal pada RM1.35 sekilogram.

Menurut Hamzah, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang aduan daripada pengguna berhubung kenaikan harga makanan selepas pengurangan subsidi tepung gandum.

"Kita akan memantau dari semasa ke semasa kerana tepung gandum antara bahan utama untuk membuat roti canai," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: subsidi tepung , naik harga , roti canai

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan