Jelajah APO 2016 Mulai Temui Pembaca mStar Online & Pendengar Suria FM

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mac 2016 10:34 AM

Skuad Jelajah APO2016 memulakan jelajah ke Utara tanah air pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bagi menyemarakkan lagi Anugerah Pilihan Online (APO) 2016 anjuran mStar Online dan Suria FM, Jelajah APO akan menemui pembaca dan pendengar setia portal berita dan stesen radio milik anak syarikat Kumpulan Media Star di Pulau Pinang dan Perak pada hujung minggu ini.

Bagi anda yang berada di Pulau Mutiara pada Sabtu, jangan ketinggalan menemui skuad Jelajah APO di empat lokasi iaitu, Pasar Karat (11 pagi), Bukit Jambul (1 petang), Pasar Taman Tun Sardon (3 petang) dan Padang Kota Lama (5 petang).

Orang ramai berpeluang mengambil bahagian dalam pencalonan 17 kategori yang dipertandingkan.

Malah, sepanjang jelajah ini, seramai 20 peserta yang mengambil bahagian dalam proses pencalonan akan menerima produk kecantikan Dnars dan kemeja-t APO.

Pada Ahad pula, skuad ini akan menemui orang ramai di KTM Ipoh bermula pukul 11 pagi.

Skuad Jelajah APO akan turut berada berada di Ipoh sehingga pukul 5 petang di Padang Polo Lama.

Seterusnya pada Selasa depan, skuad ini akan memulakan jelajah ke selatan tanah air dengan bermula di Johor Baru, Kluang/Batu Pahat (Rabu), Melaka (Khamis) dan Port Dickson/Negeri Sembilan (Jumama).

Orang ramai yang berada di sekitar Nilai/Bangi bolehlah berkunjung ke Nilai 3, Mitsui, Sepang, KPTM Bangi dan Econsave Jalan Reco untuk bertemu skuad ini pada 12 Mac ini.

Berikut adalah senarai penuh lokasi Jelajah APO2016:


Skuad ini turut akan berada di Kajang/Serdang pada Ahad depan.

Tidak ketinggalan orang ramai di pantai timur boleh mengetahui lebih lanjut mengenai anugerah ini dengan mendapat maklumat daripada skuad Jelajah APO pada 17 Mac ini.

Jelajah skuad ini akan menemui orang ramai di Kota Baru, Kelantan (17 Mac), Kuala Terengganu (18 Mac), Kemaman/Cherating (19 Mac) dan Kuantan pada 20 Mac ini.

Untuk jelajah saat akhir sebelum kemuncak anugerah itu, skuad ini akan berada di sekitar Lembah Klang bermula 22 Mac sehingga 27 Mac ini.

Acara terbitan Kumpulan Media Star itu buat julung kalinya diadakan bagi mengiktiraf penggiat pelbagai industri yang aktif menerusi dunia digital.

APO2016 yang dikendalikan portal berita mStar Online dan Suria FM dengan tajaan produk kosmetik Dnars memperkenalkan 18 kategori membabitkan sembilan dalam bidang hiburan, tiga kategori sukan dan lima lagi kategori gaya hidup.

Pencalonan dan pengudian secara dalam talian boleh dibuat dengan melayari laman web khas iaitu http://apo.mstar.com.my.

Sebarang perkembangan terkini mengenai APO2016 juga boleh diikuti di laman Facebook http://www.facebook.com/AnugerahPilihanOnline.

Anugerah yang bertemakan Glam Digital itu bakal bersiaran secara langsung di TV2 pada 30 April depan.


Tags / Kata Kunci: APO2016 , mStar Online , Suria FM

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan