Laman TMI Disekat Kerana Langgar Undang-Undang Negara - Wisma Putra - Berita Semasa | mStar

Laman TMI Disekat Kerana Langgar Undang-Undang Negara - Wisma Putra

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 8:56 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyekat laman The Malaysian Insider (TMI) bulan lepas kerana melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia, dibuat dengan teliti.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, tindakan itu diambil selepas pertimbangan mengenai kesan terhadap sekatan laman web berkenaan ke atas kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar di negara ini.

"Malaysia berpegang kepada kebebasan bersuara dan hak memperoleh maklumat, namun hak dan kebebasan itu hendaklah diamalkan secara berhemah dan bertanggungjawab," tambah kenyataan itu.

Ia merujuk kepada kenyataan Jabatan Negara, Amerika Syarikat yang bimbang dengan tindakan kerajaan Malaysia menghadkan akses laporan dalam dan luar negara mengenai hal ehwal semasa di negara ini.

Menurut Wisma Putra, kerajaan Malaysia mempunyai tanggungjawab mengekalkan keamanan, kestabilan dan keharmonian negara ini serta memelihara nilai dan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

"Malaysia menghargai jalinan kerjasama menerusi Perkongsian Komprehensif dengan Amerika Syarikat yang melambangkan hasrat ikhlas Malaysia mengekalkan kerjasama progresif dan dinamik dalam pelbagai bidang berkepentingan antara kedua-dua negara," menurut kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra, Malaysia percaya Amerika Syarikat turut berkongsi hasrat tersebut dan yakin hubungan dua hala berkenaan dapat terus diperkukuhkan ke tahap yang lebih tinggi melalui kerjasama yang akrab dan pemahaman yang lebih menyeluruh terhadap isu domestik di Malaysia.

Pada 25 Februari lepas, SKMM telah menyekat laman TMI ekoran tindakan portal itu mengeluarkan kandungan yang menjurus kepada kesalahan mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia, dan dilakukan berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai.


Tags / Kata Kunci: SKMM , Wisma Putra , TMI
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan