PM Malaysia Dipilih Melalui Perundangan, Demokrasi - Zahid

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 9:42 PM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Perdana Menteri Malaysia dipilih melalui sistem perundangan dan demokrasi, justeru kaedah lain menentukan naik atau turunnya perdana menteri adalah tidak sah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kaedah lain itu tidak mengikuti tataetika sebagaimana termaktub dalam perlembagaan dan perundangan negara.

"Undang-undang harus dipatuhi dan sistem demokrasi yang sama kita dakapi harus terus hormati. Jika seseorang itu pernah memerintah, tentu orang itu tidak mahu keadaan ini berlaku jika (semasa) beliau memerintah.

"Jangan melakukan sesuatu di luar tataetika ... tetapi saya tidak merujuk kepada mana-mana tokoh tertentu hanya tafsiran terbuka supaya kita menghormati perundangan dan perlembagaan," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Terdahulu beliau merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai di sini yang turut dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang hari ini mengadakan sidang akhbar kempen anti-Najib.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan