Paip Kumbahan Bocor Cemari Pantai

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 11:35 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Industri pelancongan di negeri ini sekali lagi dilanda pencemaran pantai.

Kali ini, ia berlaku di Tanjung Bungah di mana bahan buangan dari paip pembetungan telah mencemari pantai.

Tinjauan The Star mendapati terbentuk satu aliran di pasir yang dipenuhi dengan takungan cecair kumbahan. Bau busuk jelas dapat dihidu.

Dipercayai bahawa kebocoran itu akan mengalir ke dalam laut semasa air pasang.

Aktivis alam sekitar Saifullizan Mohd Yusoff berkata kebocoran itu berlaku kira-kira dua bulan yang lalu.

"Paip pembetungan perlu diselenggara dengan betul. Jelas sekali agensi kerajaan negeri tidak melakukan kerja penyelenggaraan yang betul.

"Pemandangan buruk itu telah menyebabkan orang ramai tidak mahu melawat kawasan itu. Malah penduduk sekitar pun mengelak daripada pergi ke pantai, " katanya.

Jenny Kaur dan Akshay Kaur, kedua-duanya berusia 22 tahun, berkata, pantai berpasir putih itu kini telah menjadi sesuatu yang buruk untuk dipandang.

"Kami pernah datang ke tempat ini setahun yang lalu. Tetapi pelawat tidak akan datang lagi jika masalah ini berterusan," kata Jenny.

Seorang pengusaha kafe berkata terdapat aduan daripada pengunjung mengenai perkara itu.

"Kami bimbang tentang kemungkinan kehilangan pelanggan  jika masalah ini berterusan. Jangan tunggu sehingga bau busuk semakin teruk untuk ambil tindakan," katanya.

Ketika dihubungi, pengurus komunikasi kanan Indah Water Konsortium Sdn Bhd Shahrul Nizam Sulaiman berkata, mereka sudah menghantar kakitangan untuk memeriksa tapak kejadian selepas menerima aduan tetapi mengesahkan bahawa paip itu bukan milik mereka.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan Perbandaran MPPP Mubarak Junus berkata pegawai penguatkuasa juga telah melawat lokasi dan perkara itu akan disiasat oleh jabatan kejuruteraan.

Kejadian yang sama dilaporkan berlaku pada tahun 2014, di mana pelepasan bahan buangan dipercayai mengandungi bakteria E. coli telah mengalir dari Sungai Batu Ferringhi ke dalam laut.
Tags / Kata Kunci: paip kumbahan , paip bocor , Tanjung Bunga

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan