Muhyiddin Ambil Tindakan Rasional Kekal Dalam Umno - Veteran Umno

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 3:59 PM

Mustapha Yaakub

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil tindakan rasional apabila memutuskan untuk terus kekal dalam Umno, kata Setiausaha Veteran parti itu Datuk Mustapha Yaakub. 

Beliau berkata Muhyiddin, yang digantung jawatan Timbalan Presiden Umno padaJumaat lepas, jelas berpegang kepada prinsip bahawa masalah parti perlu diselesaikan dari dalam parti. 

"Muhyiddin bertindak secara rasional dan bukannya emosional... ia situasi yang berbeza dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) yang mengumumkan keluar daripada Umno (pada 1 Mac)," katanya kepada Bernama, Jumaat. 

Mustapha, yang tidak menafikan Umno menghadapi masalah, berkata pengalaman lalu pastinya menjadikan pemimpin-pemimpin parti itu lebih matang dalam menangani masalah itu. 

Menurutnya krisis kepimpinan dalam Umno bukanlah sesuatu yang baharu keranaia telah ditempuhi sejak parti itu ditubuhkan 69 tahun lepas, selain menyaksikan pemimpinnya bersilih ganti.

Beliau turut menyambut baik keputusan Muhyiddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh, bekas Menteri Besar Kedah yang juga Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shapie Apdal untuk kekal dalam parti dan menganggapnya sebagai boleh memberi rangsangan moral kepada Umno. 

"Muhyiddin seorang yang cintakan Umno dan Melayu, sebab itu beliau tahu apa tindakan yang seharusnya beliau lakukan. Keputusan itu sudah saya jangka dari awal lagi," katanya. 

Mengulas keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden, Mustapha berkata tindakan itu diambil mengikut perlembagaan parti. 

"Setiap keputusan dibuat setelah mengambil kira peruntukan dalam perlembagaan Umno dan MT  mempunyai kuasa terhadap setiap keputusan yang dibuat," katanya. 

Pada 26 Februari lepas, MT Umno sebulat suara menggantung Muhyiddin sebagaitimbalan presiden parti berkuat kuasa serta merta. -Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan