Kerjasama Dr Mahathir-Pembangkang Kukuhkan Najib

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 10:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan musuh Umno untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan memberi kesan.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan tersebut sebaliknya mengukuhkan lagi kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

"Bekerjasama dengan musuh ketat Umno hanya akan memperkukuhkan lagi kedudukan PM dalam Umno, saya berterima kasih kepada anda Tun (Dr Mahathir)," katanya melalui akaun twitter pada Jumaat.

Dr Mahathir, yang mengambil keputusan keluar daripada Umno pada 1 Mac lalu, hari ini bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang dan bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno menandatangani Deklarasi Rakyat mahukan Najib meletakkan jawatan perdana menteri.

Antara yang turut hadir menandatangani deklarasi itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Lim Kit Siang dan Datuk Mustafa Ali.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu drama paling menarik dalam sejarah politik negara.

"Kita ucapkan tahniah kepada DAP, Parti Keadilan Rakyat, Parti Amanah Negara dan Bersih kerana akhirnya menerima pimpinan mantan presiden Umno (Dr Mahathir) yang sebelum ini berpuluh tahun kami dalam Umno berjuang supaya anda menerima pimpinannya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, Umno akan terus beristiqamah dengan proses demokrasi yang dipertahankan selama ini.

Annuar berkata Umnojuga tidak mampu berdrama kerana mandat rakyat adalah supaya parti itu membela nasib rakyat.

"Kita bertanggungjawab memajukan ekonomi, memupuk perpaduan, menjaminkan keamanan serta keadilan di samping mempertahankan kedaulatan negara," katanya.

Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun pula berpendapat gandingan kekok Dr Mahathir dan Lim Kit Siang tidak layak untuk mendesak Najib, seorang pemimpin yang mendapat mandat demokratik daripada rakyat dan anggota Umno, untuk berundur mahupun meletak jawatan.

"Tun Dr Mahathir sepatutnya tidak mengajar anak muda dengan sikap sebegini.

Sewaktu beliau menjadi presiden Umno dan perdana menteri, anggota parti tetap mempertahankan beliau dalam pelbagai episod dan krisis politik," katanya dalam kenyataan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan