Ahmad, Muhammad Impi Lanjut Pengajian Ke Menara Gading

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 7:00 AM

Ahmad (kanan) dan Muhammad tetap berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun tidak memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang, pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad Rosli tetap bersemangat untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Adik-beradik itu menyifatkan keputusan sederhana yang diperolehi bukanlah penentu masa depan mereka, sebaliknya ia permulaan kepada perjalanan yang masih jauh.

"Walaupun sasaran awal kami untuk memperolehi sekurang-kurangnya 3A tidak kesampaian, kami tetap bersyukur kerana sudah cuba melakukan yang terbaik.

"Alhamdulillah kami puas hati dan berhasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat (IT)," kata Ahmad ketika dihubungi mStar Online.

Ahmad atau lebih mesra disapa dengan panggilan along berkata dia dan adiknya, Muhammad berkongsi cita-cita yang sama iaitu mahu menjadi jurutera pengaturcaraan.

"Insya-Allah jika diberi peluang melanjutkan pengajian, kami akan cuba melakukan yang terbaik demi mencapai cita-cita meskipun kami dalam keadaan kurang berkeupayaan," katanya.

Pada pagi Khamis, Ahmad dan Muhammad ditemani bapa mereka, Rosli Abdul Rahim mengambil keputusan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 23, Subang Jaya.

Pasangan tersebut antara 440,682 pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut pada tahun lalu.

Antara mata pelajaran teras diperolehi dengan pencapaian lulus adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam dan Sejarah.

Ditanya mengenai institusi pengajian tinggi impian mereka, Muhammad atau lebih mesra disapa sebagai angah berkata, mereka akan memilih Management and Science University (MSU) yang terletak di Shah Alam sebagai destinasi untuk mengapai cita-cita.

"Kami terfikir untuk melanjutkan pengajian ke MSU kerana ia lebih bersifat mesra Orang Kelainan Upaya (OKU). Lagipun ia turut menawarkan kursus yang kami inginkan," katanya.

Jelas Muhammad, pihak pengurusan MSU baharu sahaja menghubungi bapa mereka mengenai tawaran untuk melanjutkan pengajian ke universiti tersebut.

"Petang tadi, mereka hubungi ayah dan maklumkan akan hantar borang permohonan untuk masuk ke universiti itu. Mereka juga jemput kami datang ke sana minggu depan untuk meninjau kawasan kampus," katanya.

Sementara itu, Rosli, 45,  memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana terus memberi kekuatan dan semangat kepada dua anak istimewanya itu untuk menyambung pelajaran mereka.

"Saya bersyukur kerana Allah makbulkan setiap doa saya untuk mereka. Mereka kata masih mahu sambung pengajian, jadi saya akan berikan sepenuh sokongan walaupun bimbang dengan keadaan mereka nanti," katanya.

Pasangan tersebut mula menjadi perhatian dunia kerana dilahirkan bercantum pada bahagian dada dan punggung pada 1998, sebelum menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi, pada September 2002.

Pembedahan  pemisahan yang memakan masa selama 22 jam 45 minit itu dibiayai sepenuhnya oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Abdullah Abdul Aziz yang melibatkan kos RM1.7 juta.


















Tags / Kata Kunci: kembar siam , Ahmad , Muhammad , SPM 2015

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan