Daya Ketahanan Bandar, Adaptasi Harus Tangani Pembasmian Kemiskinan

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 2:25 PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat mencadangkan daya ketahanan bandar dan adaptasi mengatasi pembasmian kemiskinan dan ketidaksamaan, dua isu yang biasa dikaitkan dengan urbanisasi.

Menangani isu ini merupakan teras utama Rancangan Malaysia Ke-11 yang diusahakan untuk meningkatkan keterangkuman ke arah sebuah masyarakat yang saksama, katanya.

Peluang sama rata harus diberikan kepada rakyat Malaysia, terutama isi rumah berpendapatan rendah di pusat bandar, untuk menyertai sepenuhnya dalam pertumbuhan ekonomi, katanya dalam ucap tama pada Forum Asia Pasifik ke-2 mengenai Daya Ketahanan bandar dan Adaptasi di Bandar Hilir di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Lebih 100 orang dari 31 negara mengambil bahagian dalam forum tiga hari itu.

Ahmad Zahid berkata tidak akan wujud bandar yang berdaya tahan tanpa penduduknya mempunyai daya ketahanan dan oleh itu usaha untuk membina bandar raya berdaya tahan perlu bermula daripada penduduknya.

"Berdaya tahan bukan hanya bermaksud untuk bangkit semula. Ia juga bermaksud keupayaan untuk membangun dan makmur walaupun berdepan dengan kejutan dan kejatuhan. Daya ketahanan harus disepadukan dan terangkum," katanya.

Beliau berkata masyarakat harus diperkasa untuk menjadi sebuah masyarakat yang produktif dan makmur dengan memperkukuh institusi keluarga, memupuk potensi belia, meningkatkan peranan wanita dalam pembangunan, menegakkan keperluan dan kepentingan kanak-kanak, memperbaiki suasana kehidupan bagi orang tua dan memperkasa orang kurang upaya.

Ahmad Zahid berkata sebagai sebuah negara membangun, Malaysia amat yakin bahawa usaha di peringkat kebangsaan adalah penting dalam mencapai pembagunan berterusan dan sebuah ekonomi mampan.

"Malahan objektif ini dari permulaannya telah digabungkan ke dalam rancangan pembangunan lima tahun kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketiga," katanya.

Ahmad Zahid berkata ketahanan cuaca dan perlindungan kepelbagaian bio juga merupakan faktor penting dalam membangunkan daya ketahanan bandar yang baik dan konsep itu bukan baharu bagi Malaysia.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan