Bukan Bebaskan Anwar, Tapi Jatuhkan Najib - Dr Mahathir

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan agenda pembangkang untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dihukum penjara tidak termasuk dalam kempen 'Selamatkan Malaysia' yang dilancarkannya.

Menurut bekas perdana menteri itu, matlamat utama yang dipersetujui menerusi 'Deklarasi Rakyat' yang turut dipersetujui pimpinan pembangkang ialah untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.

"Apa yang kami pentingkan ialah untuk jatuhkan Datuk Seri Najib," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.


Terdahulu, Dr Mahathir ditanya pemberita sama ada perjuangannya bersama pimpinan pembangkang turut membabitkan kempen untuk membebaskan Anwar.

"Saya kempen untuk rakyat supaya jatuhkan Najib. Anda kena faham...ada gerakan rakyat dan ada gerakan parti," katanya.

"Soal pembangkang tak timbul di sini. Kita berada di sini sebagai rakyat Malaysia.

Selain itu Dr Mahathir turut menolak tanggapan kononnya tindakan beliau bersama pembangkang akan menjatuhkan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya bukan kempen menolak BN, saya kempen menentang Najib. Tak ada kaitan dengan Umno atau mana-mana parti politik.

"Ini berkaitan rakyat yang pentingkan mengenai masa depan Malaysia," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan