Berpindah Alamat Punca Surat Penghuni Sekolah Henry Gurney Tak Sampai

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2016 9:58 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kegagalan seorang ibu mengemaskini alamat baharu menjadi punca surat seorang penghuni Sekolah Henry Gurney kepadanya menjadi viral di media sosial.

Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Supri Hashim dalam satu kenyataan pada pagi Khamis berkata, surat berkenaan telah diterima oleh pihak lain setelah keluarga penghuni berpindah alamat.   

Mengulas lanjut, berdasarkan semakan mendapati surat tersebut dihantar oleh penghuni kepada ibunya pada Ogos 2015 menerusi prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Penjara untuk Sekolah Henry Gurney.  

Bagaimanapun kata Supri, penerima di alamat lama sewajarnya menghubungi Jabatan Penjara bagi memaklumkan mengenai surat berkenaan.

“Berasaskan keperluan usaha menghubungi keluarga, sewajarnya penama (penerima di alamat lama) menghantar kembali surat berkenaan ke Jabatan Penjara atau menghubungi Jabatan untuk memaklumkan mengenai surat berkenaan.

“Penghebahan menerusi media sosial berkemungkinan boleh menyebabkan wujud pelbagai tanggapan terhadap keluarga dan penghuni,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai surat yang dikirimkan seorang penghuni Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka yang tidak sampai kepada ibunya, yang tersebar di laman sosial.

Seorang pengguna Facebook memuat naik beberapa gambar yang memaparkan surat berkenaan dengan keterangan: “Kepada sesiapa yang mengenali emak budak ini tolonglah, kesian budak ini rindu sangat kepada maknya, posmen dah berapa kali hantar surat budak ini ke alamat rumah saya, saya sudah tidak tahu hendak buat apa, tolonglah share.”

Antara kandungan surat itu: “Mak, kenapa adik hari-hari hantar surat, mak tak pernah balas pun? Mak ada masalah ke? Kalau mak ada masalah, ceritalah pada adik di sini.

Supri berkata, mengikut rekod pada 20 Oktober 2015, ibu penghuni itu telah hadir menemui anaknya di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. 

Beliau menambah, penghuni tersebut juga diberi kebenaran untuk menghubungi ibunya menerusi panggilan telefon.  

“Rekod menunjukkan kali terakhir penghuni menghubungi ibunya ialah pada Januari 2016,” jelas Supri.

Dalam pada itu, Jabatan Penjara turut berterima kasih kepada pengguna media sosial di samping berharap surat tersebut dapat dikembalikan kepada pengirim di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka.

“Jabatan Penjara juga mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua media serta orang ramai yang telah menghubungi Sekolah Henry Gurney serta Ibu Pejabat Jabatan Penjara dengan tujuan membantu mencari keluarga penghuni berkenaan,” ujar Supri.

Menurut Supri, dalam melaksanakan program pemulihan dan pembangunan semula diri penghuni di institusi penahanan dan pemulihan termasuk Sekolah Henry Gurney, perhubungan antara penghuni serta keluarga mereka merupakan aspek penting dan diberi keutamaan. 

"Oleh itu, Jabatan Penjara menggunakan pelbagai medium untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antaranya melalui perjumpaan, panggilan telefon, program-program khas penghuni bersama keluarga termasuk surat-menyurat,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan