Shafie, Mukhriz Kekal Bersama Umno, Kritik Parti Dari Dalam

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2016 12:11 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Desas-desus bahawa Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal akan keluar Umno nyata meleset apabila kedua-duanya memilih untuk kekal bersama parti itu.

Keputusan itu diumumkan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung jawatan sebagai Timbalan Presiden Umno turut mengumumkan pendirian sama pada sidang media, Khamis.

Mukhriz, yang melepaskan jawatan bekas Menteri Besar Kedah baru-baru ini berkata, beliau masih lagi bersama Umno walaupun bapanya yang juga bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendirian sebaliknya.

"Saya kekal sebagai ahli Umno dan membuat keputusan untuk mengkritik 'dari dalam'.

"Ia tak bercanggah dengan pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad kerana pendekatannya mungkin sedikit berbeza, tetapi prinsipnya sama iaitu kita nak tegakkan kebenaran dan kita nak yang benar itu didedahkan," katanya kepada pemberita selepas sidang media oleh Muhyiddin berakhir.

Mukhriz berkata, setiap kebenaran perlu didedahkan kepada rakyat dan sebarang kemungkaran perlu diambil tindakan.

Sementara itu, Shafie berkata, kehadiran beliau pada sidang media itu adalah bagi menyatakan sokongan kepada Muhyiddin kerana menyedari proses penggantungan bekas timbalan perdana menteri itu tidak melalui proses yang betul.

"Sepatutnya beliau perlu dihadapkan ke Lembaga Disiplin tetapi tidak. Siasatan dilakukan oleh kumpulan tertentu, begitu juga dari segi pengadilan dan nak pinda pengisian jawatan pun dibuat kumpulan tertentu.

"Mana ada keadilan, kita ada Lembaga Disiplin. Kalau benar telah ada siasatan oleh Lembaga Disiplin kenapa (Muhyiddin) tak dipanggil pun," katanya.

Beliau berkata, keputusan menggantung Muhyiddin atas dasar bercanggah dengan perjuangan Umno tidak boleh dibuat mengikut tafsiran, sebaliknya memerlukan siasatan.

Mengenai kedudukannya dalam Umno, Shafie berkata, beliau masih lagi ahli dan kekal sebagai naib presiden.

"Saya ahli Umno dan naib presiden Umno, soalan itu tak timbul. Cuma kebimbangan saya adalah perjalanan parti.

"Bukan salah Umno, bukan sebab parti, tetapi bagaimana  kita uruskan parti, itu yang penting," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan