MH370: Proses Kenal Pasti Serpihan Ambil Masa

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2016 5:08 PM

Liow Tiong Lai. - foto BRIAN MOH/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proses mengenal pasti serpihan yang ditemui di Mouzambique sama ada mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 akan mengambil masa berikutan melibatkan beberapa prosedur.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tempoh diperlukan tidak dapat dipastikan kerana ia perlu melalui proses yang sama ke atas 'flaperon' yang ditemui di Pulau Reunion Julai tahun lepas.

"Pasukan siasatan yang terdiri daripada DCA (Jabatan Penerbangan Awam) dan MAS serta pasukan penyiasat khas MH370 akan dihantar ke Australia untuk proses kenal pasti," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Katanya pasukan Malaysia akan bekerjasama dengan Australia yang telah menghantar pasukan penyiasat mereka ke Mozambique untuk tujuan perbincangan membawa serpihan berkenaan ke Australia.

"Kita mahu siasat penemuan ini secepat mungkin dan sedang menunggu proses serpihan itu dibawa ke Australia," katanya.

Liow bagaimanapun berkata walaupun daripada gambar disiarkan sebuah agensi berita serpihan itu berkemungkinan ada kaitan dengan Boeing 777, namun masih terlalu awal mengaitkannya dengan pesawat MH370.

Baru-baru ini dilaporkan satu objek kemungkinan berkaitan dengan pesawat MH370 yang hilang dua tahun lepas dijumpai terdampar di tebing pasir pantai di Mozambique.

Sementara itu Liow berkata keputusan untuk melancarkan pencarian lebih banyak serpihan di kawasan pantai Mozambique hanya akan dilakukan selepas serpihan berkenaan dipastikan milik MH370.

Mengenai majlis memperingati ulang tahun kedua insiden MH370, Liow berkata hanya akan ada sesi khas Parlimen untuk tujuan itu.

"Pada 8 Mac juga dijangka satu kenyataan interim mengenai siasatan mengenai insiden MH370 akan dikeluarkan. Ianya akan saya maklumkan melalui kenyataan sebaik saya menerimanya nanti," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: serpihan , MH370 , Mozambique

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan