PAS Tolak Kempan Dr M Singkir Najib

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2016 11:34 PM

Takiyuddin Hassan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS menolak pelawaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menandatangani deklarasi menuntut penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu konsisten dengan pendekatan menggunakan Blok Politik Ketiga dalam mengubah kepimpinan negara pada hari ini melalui saluran demokrasi dan berpelembagaan.

"PAS mengambil keputusan untuk menghadap Majlis Raja-Raja bagi menyembah cadangan supaya satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi melakukan siasatan menyeluruh terdapat isu 1MDB, dana politik RM2.6 bilion dan skandal SRC International sebagaimana yang dititahkan dalam persidangan majlis tersebut baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Takiyuddin berkata, PAS menuntut supaya Parlimen dibubarkan segera bagi membolehkan Pilihan Raya Umum diadakan agar mandat diserahkan kembali kepada rakyat untuk menentukan kerajaan Pusat yang baharu.

"PAS mengajak seluruh rakyat bersama kami dan Blok Politik Ketiga sebagai alternatif menggantikan kerajaan hari ini ke arah membina negara Malaysia yang lebih baik, sejahtera dan cemerlang," katanya.

Dr Mahathir dijangka mengadakan sidang media pada Jumaat untuk menandatangani deklarasi menuntut penyingkiran Najib.

Pakatan Harapan sebelum ini dilaporkan akan menyertai sidang media itu tetapi ia kemudiannya dinafikan Ketua Setiausahanya, Datuk Saifuddin Abdullah.

Saifuddin berkata pakatan pembangkang tidak membuat sebarang perjanjian dengan Dr Mahathir tetapi pemimpin dalam kalangan parti komponen boleh bekerjasama dengan bekas perdana menteri itu atas kapasiti peribadi.




Tags / Kata Kunci: Takiyuddin Hassan , PAS , Dr Mahathir

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan