Anggap MT Gopoh, Muhyiddin Akan Hantar Surat Kepada RoS

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2016 12:03 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghantar satu surat kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung penggantungannya sebagai timbalan presiden Umno.

Katanya, suratnya itu akan dihantar dalam masa terdekat bagi menuntut penjelasan sama ada penggantungannya dibuat secara sah atau sebaliknya.

"Bagi saya ia (penggantungan) tak dibuat mengikut tatacara yang dikatakan berperlembagaan.

"Oleh sebab itu saya akan menghantar surat kepad RoS mengikut Seksyen 16 Akta Pertubuhan supaya pihak RoS boleh menjelaskan sama ada proses penggantungan saya daripada tugas dan jawatan  itu sah di sisi perlembagaan dan mengikut peraturan atau pun sebaliknya," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Bekas timbalan perdana menteri berkata beliau mengambil keputusan ini kerana menganggap keputusan Majlis Tertinggi (MT) menggantungnya sebagai timbalan presiden tidak dibuat mengikut proses yang betul dan tidak adil.

Katanya dalam mesyuarat MT Jumaat lalu, kesnya yang dapat diselesaikan dalam masa dua jam itu dibuat dengan 'agak gopoh'.

Beliau turut mendakwa kenyataan yang dikeluarkan bahawa dirinya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai timbalan presiden dengan baik adalah 'tidak bertanggungjawab'.

"Saya tak diberi apa-apa surat tunjuk sebab, saya tak dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti seperti dalam Fasal 20 perlembagaan Umno, saya tak diberi peluang yang adil untuk membela diri mengikut proses atau tatacara disiplin yang ditetapkan.

"Saya anggap MT telah buat keputusan agak secara gopoh untuk menjatuhkan hukuman penggantungan saya sebagai timbalan presiden Umno," katanya.

Mengenai ketidakhadiran beliau semasa mesyuarat MT minggu lalu, beliau berkata selain tidak dapat hadir kerana berada di luar negara, beliau juga tidak dimaklumkan mengenai agenda mesyuarat yang akan membincangkan tentang kedudukan timbalan presiden.

"Memang saya tak dapat hadir kerana ada ketentuan di luar negara.

"Saya juga diberitahu  tak ada sesuatu agenda khas untuk membincangkan tentang kedudukan timbalan presiden. Biasanya sebelum mesyuarat ada agenda," katanya.

Muhyiddin berkata sepanjang menjawat jawatan timbalan presiden, beliau sudah melaksanakan tugas-tugasnya dengan baik termasuklah sebagai pengarah pilihan raya dan timbalan pengerusi Barisan Nasional.

Katanya, beliau jugalah yang telah mengemukakan usul supaya perlembagaan parti dipinda bagi menubuhkan Lembaga Disiplin parti supaya kes-kes disiplin dapat dipertimbangkan secara adil.


Tags / Kata Kunci: RoS , Umno

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan