LHDN Tawar Pengurangan Penalti 15 Hingga 20 Peratus

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2016 5:30 PM

lhdn
(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pembayar cukai yang belum mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan dan Borang Nyata Petroleum ditawarkan pengurangan penalti antara 15 hingga 20 peratus, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong.

Jelasnya, pengurangan itu akan diberikan kepada mereka yang membuat pengakuan sukarela untuk tahun ke belakang bermula 1 Mac lepas hingga 15 Disember ini.

Individu atau syarikat yang dikenakan penalti bagi kes audit dan siasatan cukai, turut diberi tawaran pengurangan penalti antara 25 hingga 35 peratus menerusi inisiatif itu.

"Tawaran pengurangan penalti dan penghapusan cukai diperkenalkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memperolehi sasaran cukai sebanyak RM1 bilion tahun ini serta mengurangkan jurang cukai di negara ini.

"Ia juga bagi mewujudkan situasi menang-menang antara kerajaan dan pembayar cukai khususnya perniagaan serta meningkatkan aspek pematuhan cukai mereka," katanya pada sidang media mengenai pengurangan penalti dan penghapusan cukai itu di sini, Khamis.

Ia susulan pengumuman pengubahsuaian Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Januari lepas bagi menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela melaporkan pendapatan bagi tahun ke belakang selain menyelesaikan tunggakan cukai mereka. 

Sebelum ini, penalti sebanyak 45 hingga 100 peratus dikenakan kepada pembayar cukai yang gagal melaporkan maklumat cukai pendapatan dengan betul manakala mereka yang gagal mengemukakan borang cukai pendapatan dikenakan penalti 45 hingga 300 peratus.

Penalti bagi kes-kes audit pula adalah di antara 45 hingga 100 peratus, katanya.

Mengulas e-Filing, Chua berkata, seramai empat juta pembayar cukai telah menggunakan kemudahan itu tahun lepas.

Walaupun tidak dapat memberi anggaran sebenar kutipan itu, beliau menyifatkan sebanyak 200 panggilan diterima talian hotline yang dibuka sejak 10 hari lepas menjadi petanda baik rakyat terhadap inisiatif itu.

Menurut Chua, berdasarkan maklumat Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), jurang cukai Malaysia adalah kira-kira 20 hingga 30 peratus yang disifatkan tinggi berbanding negara-negara lain iaitu antara lima hingga enam peratus. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: LHDN , Chua Tee Yong , Bajet 2016

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan