Anwar Sokong Tun M

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2016 9:48 PM

Anwar Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara menyatakan sokongan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usahanya memberi tekanan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan.

"Saya menyokong pendirian rakan-rakan dari masyarakat sivil, parti politik dan individu-individu termasuk Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan lain-lain untuk menggembleng kekuatan dan persefahaman bersama seperti disuarakan oleh ketua pembangkang baru-baru ini.

"Persefahaman bersama ini akan menumpukan untuk menuntut perletakan jawatan Najib selaku Perdana Menteri yang telah nyata gagal mentadbir negara," kata Anwar dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya pada Khamis.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.

Bekas timbalan perdana menteri itu yang dipecat dari Umno pada 1998 berkata, sudah tiba masanya bagi rakyat bersama dalam usaha ini tanpa membataskan agenda mahupun permusuhan peribadi.

"Kita harus merangka hala tuju baharu bagi menyelamatkan negara," katanya.

Anwar berkata, tuntutan perubahan itu akan melibatkan reformasi institusi utama dalam negara.

Malah, beliau berkata, hak rakyat harus dikembalikan melalui sistem pilihan raya yang bersih, badan kehakiman dan media yang bebas.

"Dasar ekonomi juga harus diubah untuk mengutamakan semula usaha ke arah pertumbuhan yang segar dan pengagihan kekayaan yang saksama," katanya.

Beliau berkata, rakyat sudah belajar dari sejarah bahawa peralihan kuasa yang bermakna bukanlah peralihan tokoh semata tetapi perubahan sistem.

Pada Isnin lalu, Dr Mahathir bercadang membentuk ‘kumpulan’ untuk ‘membebaskan’ negara daripada Najib.


Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir , Anwar Ibrahim

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan