Zahid Yakin Muhyiddin Ahli Umno "Totok"

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2016 6:41 PM

Muhyiddin Yassin (kanan) bersalaman dengan Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir pada Perhimpunan Agung Umno Ke-69 di Pusat Dagangan Dunia Putra Disember lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin bekas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terus bersama parti walaupun telah digantung jawatan. 

Beliau berkata berdasarkan semangat Muhyiddin terhadap parti semasa menjadi timbalan presiden, beliau yakin Muhyiddin tetap sayangkan parti dan akan terus berjuang dalam Umno.

"Tan Sri Muhyiddin walaupun bukan lagi seorang timbalan presiden Umno, masihlagi ketua Umno Bahagian Pagoh dan keahlian beliau tidak terjejas berdasarkan keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat lepas.

"Saya merujuk kepada ucapan-ucapan beliau terdahulu bahawa beliau (Muhyiddin) ahli Umno totok (sejati), ertinya tentulah beliau masih terus menyayangi Umno dan sebagai ahli totok, tentunya beliau akan terus dan tetap bersama dengan kami," katanya kepada pemberita di sini.

Ahmad Zahid, yang merupakan Naib Presiden Umno dan menjalankan tugas Timbalan Presiden, berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Perumahan Penjawat Awam 2016 anjuran bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan (ANGKASA) di sini, Rabu.

Ahmad Zahid mengulas rancangan Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri itu yang dijangka mengadakan sidang akhbar di Damansara di sini, Khamis.

Beliau berkata Muhyiddin juga perlu membuat keputusan dengan munasabah yang mementingkan parti melebihi diri.

"Sebarang keputusan yang dibuat biarlah demi kepentingan parti melebihi buat keputusan apabila seseorang itu berada dalam keadaan kesedihan dan kemarahan," katanya.

Jumaat lepas, mesyuarat MT Umno sebulat suara menggantung Muhyiddin daripada jawatan Timbalan Presiden berkuat kuasa serta merta sehingga pemilihan parti akan datang. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Umno , Muhyiddin , Ahmad Zahid

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan