WSJ Ada Agenda Rosakkan Reputasi Najib - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2016 8:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan Wall Street Journal (WSJ) mengulangi tuduhan tidak berasas terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, bertujuan merosakkan reputasinya selaku Perdana Menteri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata tindakan WSJ mengulangi berita mengaitkan Najib dilakukan berdasarkan agenda yang telah ditentukan yang hanya diketahui oleh agensi itu sendiri.

"Tentunya pengulangan sesuatu berita dan analisis ada tujuan sebaliknya, bukan sahaja mahu burukkan PM tapi untuk merosakkan reputasi PM Najib secara peribadi.

"Tidak adil (WSJ) lakukan tuduhan kepada PM (Najib) serta ia diulang tanpa menyebut fakta-fakta yang konkrit sedangkan sudah ada penjelasan oleh pihak Peguam Negara dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.  

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Perumahan Penjawat Awam 2016 anjuran bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan (ANGKASA) di sini.

Ditanya mengenai sebarang tindakan yang akan diambil terhadap WSJ, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata perkara itu diserahkan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk sebarang tindakan. -Bernama

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan