STPM: 'Ulang Kaji Bersama' Resepi Tiga Sahabat Peroleh 4A

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2016 5:07 PM

Ng Kok Chee (kanan), Ooi Jo Win, (tengah) dan Mohd Zul Harris Ahmad Zuki gembira selepas melihat keputusan cemerlang peperiksaan STPM di SMK Jitra, Kedah pada Rabu. Foto:G.C.TAN/THE STAR

(Ubah saiz teks)

JITRA: Mengulang kaji pelajaran bersama-sama menjadi resipi tiga sahabat daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar, Alor Setar mendapat keputusan cemerlang 4A dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Mohd Zul Harris Ahmad Zuki, Ng Kok Chee dan Ooi Jo Win yang merupakan rakan sekelas mendapat keputusan A bagi mata pelajaran Pengajian AM, Akaun, Ekonomi dan Bahasa Melayu, dengan Purata Nilai Gred Komulatif (PNGK) 4.00.

Mohd Zul Harris berkata mereka bertiga selalu mengulang kaji pelajaran bersama-sama selain memberi tumpuan ketika guru mengajar.

Anak tukang jahit itu berkata mereka bertiga mahu melanjutkan pengajian dalam bidang Perakaunan juga teruja selepas diumumkan antara 24 calon cemerlang STPM di negeri ini.

"Kami amat gembira kerana memperoleh kejayaan cemerlang selepas berusaha dengan bersungguh-sungguh," kata anak kedua daripada enam beradik itu ketika ditemui pemberita selepas pengumuman pelajar cemerlang STPM 2015 Kedah di SMK Jitra, pada Rabu.

Mohd Zul Harris dari Kampung Lepai, dekat sini berkata mereka bertiga berharap dapat belajar di universiti sama kelak.

"Saya juga tidak mengikuti kelas tambahan kerana apa yang diberi serta disampaikan oleh guru-guru di sekolah sudah memadai," katanya yang bersukan setiap petang bagi mengelakkan tekanan ketika belajar.

Ng pula berkata walaupun dia baru tiga tahun mengenali Mohd Zul Harris dan Ooi, mereka dapat melakukan kerja berkumpulan dengan baik dan sering bertukar pandangan mengenai setiap mata pelajaran.

"Akaun adalah mata pelajaran yang susah, jadi kami akan bersama-sama lakukan setiap tugasan yang diberikan guru," kata anak pemandu lori itu.

Menurut anak bongsu dari dua beradik yang berasal dari Gunung Keriang, di sini, walaupun berbeza fahaman, bangsa, agama dan budaya, kami tetap bersatu bagi memastikan hasrat untuk memperoleh keputusan STPM yang cemerlang tercapai.--Bernama

Tags / Kata Kunci: STPM , Pelajar cemerlang

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan