Syabas Sangkal Berita Palsu Catuan Bekalan Air

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2016 2:33 PM

syabas

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Laporan mengenai gangguan bekalan air peringkat kedua di Lembah Klang yang tersebar luas baru-baru ini adalah palsu.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Pengurusan Air Selangor Amin Lin Abdullah berkata maklumat yang tersebar itu telah merujuk kepada pelan catuan bekalan air yang berlaku pada tahun 2014.

"Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) ingin menyangkal laporan palsu yang tersebar luas melalui aplikasi WhatsApp baru-baru ini berhubung 'senarai kawasan pelan catuan bekalan air peringkat kedua di Lembah Klang'.

"Syabas ingin menegaskan bahawa maklumat yang disebarkan tidak benar dan ia sebenarnya merujuk kepada pelan catuan bekalan air yang berlaku pada tahun 2014," katanya menerusi kenyataan media, Rabu.

Kenyataan itu turut menyarakankan pengguna menggunakan aplikasi telefon pintar mySYABAS atau www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.
Tags / Kata Kunci: bekalan air , Syabas , catuan air

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan