'Musuh' Kami Di Sebalik Sepanduk Kritik Guan Eng - PKR

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2016 10:41 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: PKR menyalahkan 'musuh'nya yang memasang sepanduk mengkritik Ketua Menteri Lim Guan Eng di Jalan Waterfall dan Jalan Gottlieb, di Pulau Pinang dan di Nibong Tebal.

Pengarah strategiknya Sim Tze Tzin berkata, ia jelas bertujuan untuk melemahkan hubungan baik antara parti itu dan DAP.

"Kita tidak akan merendahkan martabat kita dengan melakukan perkara seperti itu. Kami sentiasa bekerjasama dengan sekutu kami dalam Pakatan Harapan," katanya.

Tze Tzin mengulas mengenai sepanduk yang berbunyi 'Lim Guan Eng Tak Patut Pecat Adun Bukit Tengah Ong Chin Wen & Adun Kebun Bunga Cheah Kah Peng' bersama-sama dengan gambar Guan Eng di tengah, diapit oleh gambar Chin Wen dan Kah Peng.

Bagaimanapun, sepanduk di pulau itu telah diturunkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang kerana ia diletakkan secara haram.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam dan Perlesenan MBPP Ong Ah Teong berkata, majlis itu mempunyai satu pasukan untuk memeriksa sepanduk, bendera dan kain rentang yang diletakkan di sepanjang jalan raya.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Wong Hon Wai enggan mengulas.

Adun Kebun Bunga Cheah Kah Peng dan Adun Bukit Tengah Ong Chin Wen dipecat daripada jawatan masing-masing dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan Pulau Pinang dipecat bulan lepas selepas mereka berkecuali daripada mengundi usul penambakan tanah di sidang Dewan Undangan Negeri.
Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , Sim Tze Tzin , sepanduk

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan