Mi Kaca: Kementerian Pendidikan Gantung Syarikat Pembekal

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2016 3:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat yang membekal mi yang didapati terdapat serpihan kaca sehingga menyebabkan murid terpaksa dirawat di hospital telah digantung perkhidmatannya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P.Kamalanathan berkata arahan tersebut telah dikeluarkan sebaik pihaknya menerima maklumat mengenai perkara itu.

Kementerian berkenaan sedang menunggu laporan daripada pihak sekolah  sebelum tindakan diambil terhadap syarikat berkenaan, katanya dalam laman blognya hari ini.

Dilaporkan pada Ahad lalu, tujuh murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada Jumaat lepas akibat termakan serpihan kaca dalam mi yang disediakan di bawah Program Makanan Tambahan.

Pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut berkongsi rasa marah ibu bapa murid berkenaan dan mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan bagi mengenal pasti masalah dalam prosedur kendalian makanan agar perkara sedemikian tidak berulang.

"Kementerian akan turut memastikan terdapat pembekal makanan yang berkelayakan agar tidak mengganggu program makanan tambahan," kata Kamalanathan.

Beliau berkata beliau telah mengarahkan pihak berkuasa sekolah dan guru yang bertanggungjawab dalam program makanan tambahan untuk memeriksa makanan dan kualitinya sebelum membenarkan murid mengambil makanan tersebut.

"Saya telah melawat murid-murid berkenaan semalam dan sangat lega apabila doktor memaklumkan tidak terdapat sebarang kes kekal ke atas murid-murid itu," katanya yang juga Anggota Parlimen Hulu Selangor.

Beliau turut mengarahkan 54 orang murid sekolah berkenaan yang memakan mi tersebut supaya di x-ray bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang jangkitan ekoran pemakanan beracun.

Tags / Kata Kunci: Kementerian Pendidikan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan