Timbul 'Masalah' Dalam Cadangan Bina Lebuhraya Bertingkat P.Pinang

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2016 9:12 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Satu kontroversi telah berlaku berhubung cadangan pembinaan lebuhraya bertingkat yang bakal melibatkan sebahagian daripada tanah milik Sekolah Tinggi Perempuan (Cina) Pulau Pinang (PCGHS).

Lebih menghangatkan keadaan apabila dua Ahli Dewan Undangan (Adun) dari DAP turut menyertai bantahan awam yang terhadap cadangan itu yang dipercayai bakal melibatkan satu pertiga daripada padang sekolah itu, di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.

Adun Berapit, Lydia Ong Kok Fooi berkata tanah sekolah dan taman-taman awam adalah 'milik rakyat'.

"Sesukar mana sekali pun, tukar perancangan dan reka bentuknya. Kita tidak boleh mengambil padang sekolah daripada pelajar-pelajar dan orang-orang memberi kepercayaan kepada kita," tulisnya di laman Facebook selepas berkongsi posting rakannya daripada parti yang sama iaitu Adun Pulau Tikus, Yap Soo Huey, Ahad.

Soo Huey, dalam kenyataan akhbarnya menyatakan kebimbangannya berhubung kemungkinan padang sekolah yang akan terjejas akibat projek itu.

"Saya tahu jurutera dan perancang cuba untuk mengelakkan keperluan mereka untuk menggunakan tanah PCGHS itu. Jangan ambil tanah dari sekolah melainkan anda benar-benar perlu," katanya.

Kok Fooi berkata, rakyat Malaysia telah bekerja keras untuk mengekalkan pendidikan Cina dan Tamil.

"Terdapat sejarah yang panjang tentang bagaimana masyarakat Cina melindungi pendidikan Cina," katanya.

Dalam pada itu, laman Facebook bertajuk 'Spare this land, Save our future' yang dibuka akhir bulan lalu untuk menentang projek yang dicadangkan telah mendapat 14,000 'like' dengan petisyen dalam talian telah mencatatkan sejumlah 2,068 tandatangan setakat ini.

Pempetisyen yang tidak dikenali mendakwa lebuh raya yang dirancang boleh menjejaskan tanah di PCGHS di Jalan Gottlieb, dan SJK (C) Phor Thay, SJK (T) Azad dan St Nicholas Home untuk orang buta di Jalan Bagan Jermal.

Kok Fooi berkata lebuh raya yang dicadangkan akan menghubungkan Jalan Gottlieb dan Jalan Bagan Jermal ke Paya Terubong dan Relau.

Katanya, ia akan meringankan tekanan trafik dari George Town dan Tun Dr Lim Chong Eu Expressway.

Presiden Alumni PCGHS Caren Peh dilaporkan berkata bahawa beliau akan membantah sebarang perolehan tanah seperti itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan