Gangguan Bekalan Air Di Seremban, Jempol Pada 8-9 Mac - Berita Semasa | mStar

Gangguan Bekalan Air Di Seremban, Jempol Pada 8-9 Mac

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2016 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Beberapa kawasan di Seremban akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam bermula pukul 10 pagi pada 8 Mac ini.


Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Norzita Ismail berkata ia berikutan kerja pengalihan paip di persimpangan Jalan Sungai Ujong ke persimpangan Jalan Labu di sini dan di kawasan perindustrian Arab-Malaysian, Nilai.

Menurutnya kerja pengalihan paip itu merupakan antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan pelanggan pada masa hadapan.

Antara kawasan yang terlibat di Seremban ialah seluruh Seremban 2, seluruh S2 Height, Taman Mantau Indah, Oakland, Rasah Kemayan, kawasan perindustrian Arab-Malaysian, Taman Desa Saga dan Taman Desa Ria.

Selain itu, katanya beberapa kawasan di daerah Jempol turut mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai pukul 8 pagi hari yang sama berikutan kerja pembersihan di kolam imbangan Taisho, Bahau.

Antara kawasan terlibat di daerah Jempol ialah Bahau, Mahsan, Batu Kikir, seluruh kawasan Lui (Lui Barat, Timur, Selatan, Muda  and  Sg. Lui), Jalan BahauBatu Kikir, Jalan BahauKuala Jempol, Serting Tengah, Serting Hulu, Felda Raja Alias.

Feldajaya, Bandar Seri Jempol, sebahagian Rompin, Ladang Geddes, Kampung Serampang Indah, Kampung Sampo, Pusat Latihan Polis Ayer Hitam (PULAPAH), Pekan Jelai dan Bandar IOI Bahau.

Norzita berkata bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat. 
Bagaimanapun, katanya beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pemulihan yang lebih lama.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982.
Tags / Kata Kunci: gangguan bekalan air , Sains
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan