WSJ Tidak Endahkan Fakta Sahih, Kata Jurucakap Kerajaan

Diterbitkan: Selasa, 1 Mac 2016 10:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia membidas Wall Street Journal kerana terus cuba mengaitkan dana yang didepositkan ke akaun Perdana Menteri dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun selepas "pelbagai pihak berkuasa sah" telah mengesahkan bahawa wang itu adalah dari Arab Saudi.

Dalam satu kenyataan, seorang jurucakap kerajaan berkata: "Seperti yang dinyatakan oleh Peguam Negara Malaysia, dana yang diterima adalah sumbangan dari Arab Saudi.

"Ini telah disahkan oleh pelbagai pihak berkuasa sah yang menjalankan siasatan menyeluruh dan lengkap. Ini termasuklah pihak berkuasa Malaysia pergi ke Arab Saudi untuk memeriksa dokumentasi dan menemu bual anggota keluarga diraja dan pegawai-pegawai yang mentadbir sumbangan itu.

"Menteri Luar Arab Saudi juga telah mengesahkan bahawa dana itu adalah  dari Arab Saudi," katanya pada Selasa.

Jurucakap itu berkata demikian bagi menjawab artikel WSJ yang mendakwa bahawa lebih daripada AS$1 bilion telah didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri dan kebanyakannya adalah daripada 1MDB.

Jurucakap kerajaan itu berkata, ia telah memberitahu bahawa Wall Street Journal dan syarikat sekutunya terus melakukan serangan dan cuba mengaitkan 1MDB dengan sumbangan itu.

"Mereka terus mengulangi dakwaan lama yang sama tanpa memberikan bukti; mereka terus bergantung semata-mata kepada sumber-sumber tanpa nama yang mungkin tidak wujud; dan mereka terus memilih untuk mengugurkan fakta utama yang telah pun diketahui. Ini tidak beretika dan tidak diterima dalam amalan kewartawanan," katanya.

"Wall Street Journal telah menjadi alat pelakon politik tertentu yang berusaha memusnahkan Perdana Menteri dan Malaysia demi kepentingan peribadi. Tetapi kempen anti-Najib yang bermotifkan politik ini, yang menggunakan media Barat, telah pun gagal."

Jurucakap itu berkata:"Perdana Menteri memberi tumpuan kepada isu-isu utama yang penting untuk Malaysia, terutamanya memerangi ancaman keganasan, dan mengukuhkan ekonomi dalam menghadapi cabaran-cabaran global.

"Angka pertumbuhan Malaysia baru-baru ini, yang melangkaui jangkaan, mengesahkan bahawa rancangan ekonomi Perdana Menteri memang berhasil." - Bernama

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan