Petronas Kurangkan 1,000 Pekerja

Diterbitkan: Selasa, 1 Mac 2016 6:11 PM

Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dijangka mengurangkan 1,000 pekerja menerusi penstrukturan semula kumpulannya.

Syarikat minyak nasional itu berkata, usaha menyeluruh berterusan akan dijalankan bagi menempatkan semula pekerja yang terlibat.

"Petronas akan memulakan proses untuk melepaskan pekerja seperti yang diperlukan, dijangka selesai dalam masa enam bulan," katanya dalam satu kenyataan.

Petronas turut mengumumkan kepimpinan baharu, berikutan kajian semula terhadap model operasi perniagaan untuk kecekapan perniagaan lebih baik, berdaya tahan dan kemampanan ketika dilanda persekitaran mencabar dalam industri mintak dan gas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin mengumumkan barisan kepimpinan baharu, berserta struktur kumpulan kepimpinan tertinggi pada perhimpunan bersama kakitangannya pada Selasa.

Struktur baharu itu berkuat kuasa 1 April 2016.

Menurut Petronas, struktur baharu itu akan menjadikan syarikat lebih efisen bagi membolehkan ia mengemudi organisasi itu dalam persekitaran luaran yang mencabar.

"Ia menandakan permulaan sejumlah transformasi bagi kumpulan bagi menjadikannya lebih berdaya tahan dan memberi fokus kepada pengembangan dalam landskap industri semasa dan masa depan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Petronas

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan