Dr M: Saya Tidak Akan Sertai Pembangkang

Diterbitkan: Selasa, 1 Mac 2016 3:35 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau tidak akan menyertai pembangkang kerana tidak bersetuju dengan pandangan dan perjuangan kumpulan berkenaan.

"Tidak, saya tidak akan menyertai pembangkang. Saya tidak bersetuju dengan mereka," kata bekas perdana menteri itu sambil menambah bahawa beliau boleh kembali kepada Umno apabila presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya.

Pada Isnin, Dr Mahathir mengumumkan keluar daripada Umno.

Apabila ditanya mengenai rancangan masa depan, Dr Mahathir berkata beliau akan terus mendedahkan mengenai "salah laku kerajaan".

Bercakap di Pusat Kecemerlangan Proton di sini, Dr Mahathir berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung jawatan Timbalan Presiden Umno boleh menawarkan diri bertanding pada pemilihan akan datang.

"Beliau masih ahli. Jika mahu mencabar...boleh boleh lakukannya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir Mohamad

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan