Perkeso Kenakan 27,449 Kompaun Cecah RM9 Juta Sehingga Disember Lepas

Diterbitkan: Selasa, 1 Mac 2016 3:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 27,449 kompaun pelbagai kesalahan berjumlah RM9 juta dikeluarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sejak 2009 sehingga 31 Dis lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammad.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 18,670 atau 68.02 peratus kompaun melibatkan kegagalan mendaftar perusahaan dan pekerja. 

"Sebanyak 10,140 majikan didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan yang mana sebanyak 3,275 atau 32.3 peratus daripada jumlah itu merupakan kesalahan gagal mendaftar perusahaan dan pekerja.

"Sekiranya disabitkan kesalahan oleh mahkamah, majikan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya pada sidang media mengenai Bulan Pemutihan dan Op Kesan Perkeso 2016 di ibu pejabat Perkeso, di sini. 

Perkeso hari ini melancarkan Op Kesan kali kelapan yang akan bermula pada 1 April ini bagi memastikan semua majikan yang menggaji sekurang-kurangnya seorang pekerja mendaftar dengan Perkeso. 

Justeru, Mohammed Azman menggesa mana-mana majikan yang masih belum mendaftar agar berbuat demikian secara sukarela sehingga 31 Mac ini bagi mengelak dikenakan kompaun. 

"Mana-mana majikan yang dikesan gagal mendaftar dalam tempoh 30 hari yang ditetapkan akan dikenakan kompaun antara RM500 hingga RM4,000 mengikut tempoh kelewatan," katanya. 

Beliau berkata sehingga 31 Dis lepas, statistik menunjukkan sebanyak 499,840 majikan mendaftar 6.3 juta pekerja dan mendapat perlindungan Perkeso.

"Bagaimanapun kami percaya masih ramai majikan yang aktif menggaji sekurang-kurangnya seorang pekerja masih belum mendaftar dengan Perkeso untuk melindungi pekerja mereka," katanya.

Bagi meningkatkan tahap kesedaran mendaftar pekerja dalam kalangan majikan, Mohammed Azman berkata pihaknya sentiasa mengadakan kempen kesedaran dan menyeru kesemua majikan tampil mendaftar di mana-mana 49 pejabat Perkeso di seluruh negara.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan