Jumlah Pembayar Cukai Individu, Syarikat Meningkat Pada 2015

Diterbitkan: Selasa, 1 Mac 2016 5:07 PM

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar (tengah) pada sambutan Ulangtahun Hasil ke-20 di Menara Hasil, Selasa. Turut hadir Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah (kiri).

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Jumlah pembayar cukai individu dan syarikat meningkat, masing-masing sebanyak 3.6 peratus dan 3.9 peratus pada tahun lepas meskipun keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata pertambahan jumlah pembayar cukai itu adalah hasil rangkaian jaringan yang diwujudkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan individu dan syarikat di seluruh negara.

Katanya kejatuhan harga minyak dan gas di pasaran dunia turut memberi kesan kepada jumlah kutipan cukai keseluruhan tahun lepas, dengan RM121.186 bilion,  susut sedikit berbanding RM133.7 bilion yang dikutip pada 2014.

"Pungutan hasil cukai juga meningkat kepada 2.6 peratus tahun lalu. Kita berharap pungutan hasil cukai akan meningkat tahun ini.

"Ini menunjukkan kecekapan dan prestasi LHDN dalam mengutip cukai walaupun negara berhadapan dengan kutipan hasil minyak dan gas berkurangan tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Hasil ke-20 di sini, Selasa.

Ahmad Husni bersama kakitangan LHDN yang mengenakan uniform baharu.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang juga Pengerusi LHDN Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar.

Menurutnya, usaha-usaha LHDN menjalankan pelbagai inovasi untuk memudahkan rakyat membayar cukai turut membuahkan hasil dengan peningkatan jumlah pembayaran cukai dari individu dan syarikat setiap tahun.-- Bernama




Tags / Kata Kunci: LHDN , Ahmad Husni Hanadzlah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan