Perlis Fatwakan Pencemaran Alam Sekitar Haram

Diterbitkan: Selasa, 1 Mac 2016 4:00 PM

Mohd Asri Zainul Abidin

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa perbuatan mencemarkan alam sekitar dan memberi kesan kemudaratan fizikal secara langsung kepada manusia, haiwan dan tumbuhan adalah haram.

Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat ke-20 dan 21/2016 jawatankuasa tersebut pada 18 dan 19 Februari lepas.

"Perbuatan mencemarkan alam sekitar yang mengganggu ekosistem alam secara langsung sehingga merosakkan kehidupan alam semesta adalah bercanggah dengan tuntutan agama Islam. 

"Islam adalah agama yang menyeru umatnya agar memelihara kemaslahatan kehidupan manusia dan alam semesta serta tidak melakukan perkara-perkara yang memudaratkan," katanya dalam sidang media khas di Jabatan Mufti Negeri di sini, Selasa. 

Mohd Asri berkata, sebarang maslahah muktabar yang besar seperti ada keutamaan lebih penting dan bermanfaat, apabila memudaratkan manusia dan alam jika tidak dilakukan, maka perbuatan itu diharuskan.

Misalnya pembakaran hutan secara besar-besaran pasti memudaratkan kesihatan manusia sehingga mengganggu rutin harian tetapi jika tidak dibakar, ia boleh mendatangkan kesan buruk seperti mengeluarkan gas atau racun yang berbahaya, maka hutan itu boleh dibakar, katanya. 

Selain itu, Mohd Asri menggesa umat Islam agar tidak terikat dengan fahaman yang mementingkan perbuatan soleh dalam mengamalkan ajaran Islam tetapi melihatnya dalam konteks yang lebih luas. 

"Ramai faham dan sedar tidak solat, puasa atau menutup aurat adalah berdosa, tetapi masih memandang ringan tentang penjagaan dan pemeliharaan perkara lain seperti menjaga alam sekitar yang diseru oleh Islam," katanya. 

Menurut Mohd Asri jawatankuasa berkenaan juga memutuskan bahawa penggunaan ruqyah pada sesuatu produk untuk tujuan komersil adalah dilarang sama ada untuk tujuan pelabelan, pengiklanan atau promosi. 

"Menjual bahan-bahan jampian tidak diamalkan oleh Salaf al-Soleh kerana boleh menimbulkan kekeliruan penyalahgunaan kalimah Allah untuk keuntungan duniawi," katanya.

Beliau menyarankan produk yang dipromosikan atas nama agama juga harus ditegah untuk mencegah penyelewengan selain tiada jaminan keberkesanan produk terbabit. 

"Penjualan susu, kismis pintar dan minuman yang dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran yang didakwa boleh menjadikan seseorang itu pintar atau baik akhlak menjadi trend perniagaan selain mengeksploitasi agama.

"Islam menyeru umatnya menuntut ilmu, berusaha dan beramal soleh untuk memperolehi kejayaan, bukan dengan minum susu kita boleh jadi cerdik dan pandai tanpa perlu belajar dan usaha," katanya.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan