Tun M Sanggup Korbankan Umno Demi Capai Matlamat Peribadi - Annuar Musa

Diterbitkan: Isnin, 29 Februari 2016 11:54 PM

Annuar Musa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sanggup mengorbankan parti Umno demi mencapai matlamat peribadinya.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan keluar daripada Umno itu merupakan strategi terbaru bekas perdana menteri itu untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pengumuman itu (keluar daripada Umno) merupakan satu lagi strategi yang berterusan dalam usahanya 'menumpaskan' Datuk Seri Najib Tun Razak, selepas usaha mempengaruhi Ahli Parlimen dan usaha mempengaruhi Umno bahagian juga gagal.

"Strategi terbaru ini adalah untuk melumpuhkan dan membunuh Umno sebagai kaedah terakhir menewaskan Mohd Najib," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Ketua Umno Bahagian Ketereh itu berkata, sejarah telah membuktikan Dr Mahathir tidak teragak-agak menghadiahkan kepada pembangkang kuasa dan kerajaan asalkan beliau berjaya menewaskan dan menyingkirkan orang yang tidak disukainya.

"Kerajaan Umno Kelantan dibunuh dalam usaha Dr Mahathir menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah, kerajaan Umno Selangor terkorban berikutan usahanya menumpaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kerajaan Pulau Pinang juga jatuh dalam usahanya menewaskan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Dr Mahathir kini bersedia menghadiahkan Malaysia demi mengekalkan rekod tanpa kalah beliau dalam menewaskan orang yang tidak digemarinya," katanya.

Justeru, katanya ahli Umno yang berjuang kerana parti, agama, bangsa dan tanah air tidak perlu goyah dengan gelagat seorang individu dan perjuangan tetap perlu diteruskan.

Dr Mahathir, 90, hari ini mengumumkan beliau sekali lagi keluar daripada Umno selepas pernah berbuat demikian pada 19 Mei 2008 ketika zaman kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri (kini Tun), Abdullah Ahmad Badawi. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir Mohamad , Annuar Musa

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan