Tun M Harap Muhyiddin Ikut Jejak Keluar Umno

Diterbitkan: Isnin, 29 Februari 2016 7:16 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung jawatannya sebagai timbalan presiden Umno mengikut jejaknya keluar dari Umno.

“Saya berharap begitu,” kata bekas perdana menteri itu ringkas pada sidang media, Isnin ketika ditanya sama ada Muhyiddin akan membuat keputusan meninggalkan Umno.

Dr Mahathir pada Isnin mengumumkan beliau membuat keputusan untuk keluar Umno kerana menyifatkan ia bukan lagi parti politik tetapi mendakwa sebagai parti individu bagi melindungi presidennya.

Ditanya sama ada anaknya, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga akan mengikut jejak beliau, Dr Mahathir berkata, beliau tidak boleh bercakap bagi pihak anaknya.

“Saya tidak boleh bercakap bagi pihak anak saya, tetapi isteri saya akan turut serta meninggalkan Umno,” katanya yang merujuk isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Muhyiddin pada minggu lalu digantung daripada memegang jawatannya sebagai timbalan presiden parti, berkuatkuasa serta-merta.

Penggantungan Muhyiddin berikutan kritikannya yang berterusan terhadap presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak terutama melibatkan isu dana politik RM2.6 bilion.

Mukriz pula meletakkan jawatan sebagai menteri besar selepas hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah pada awal Februari.

Susulan pengumuman Dr Mahathir keluar Umno pada Isnin, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan turut memutuskan untuk keluar dari Umno, bagi mengikut jejak mantan presiden parti itu.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan