Kotak Hitam Milik Pesawat TUDM Terhempas Dijumpai

Diterbitkan: Isnin, 29 Februari 2016 2:40 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Kotak hitam milik pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) CN235 yang terhempas dekat kawasan pesisir pantai di Kuala Selangor pada Jumaat lalu telah dijumpai.

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Roslan Saad berkata kotak hitam itu ditemui pada Sabtu oleh pasukan penyiasat.

"Ia akan dihantar ke Bandung, Indonesia, selewat-lewatnya petang Isnin untuk dianalisis pengeluarnya.

"Saya jangkakan proses ini akan mengambil masa lebih kurang lima hari untuk diselesaikan dan mudah-mudahan kita akan mengetahui punca insiden itu tidak lama lagi," katanya pada sidang media di pangkalan udara TUDM, Subang pada Isnin.

Roslan berkata mengeluarkan bangkai pesawat dari tempat kejadian akan mengambil sedikit masa kerana keadaan bentuk muka bumi di lokasi kejadian menyukarkan operasi.

"Kami hanya mempunyai enam jam untuk menyiasat tempat kejadian serta mengeluarkan bahagian bangkai demi bahagian kerana agak sukar untuk sampai ke tempat kejadian apabila air pasang naik.

"Jika terdapat keperluan untuk memotong bangkai pesawat itu, kami akan melakukannya," katanya.

Ketika ditanya mengenai status tujuh lagi pesawat jenis CN235, Roslan berkata pesawat tersebut sedang tidak diterbangkan sehingga siasatan mengenai nahas pesawat berkenaan dilengkapkan.

"Dua pesawat menjalani penyelenggaraan pencegahan, dua lagi sedang diperiksa," katanya.

Pada Jumaat lalu, masalah enjin gagal berfungsi memaksa pesawat CN235 itu melakukan pendaratan cemas di kawasan berpaya.

Pesawat tersebut berlepas dari Pangkalan TUDM Subang kira-kira pukul 8.30 pagi untuk menjalani sesi latihan rutin dan mengeluarkan isyarat kecemasan 10 minit kemudian.

Anak kapal yang diketuai juruterbang Mohd Azri Yacob, 41, kemudiannya melakukan pendaratan cemas di perairan cetek dekat kawasan berpaya berhampiran Taman Malawati Utama.

Berlaku kebakaran kecil di bahagian tengah pesawat kesan hentakan kuat.

Pembantu juruterbang Ahmad Syazwan Mohammed, 32, patah tangan kirinya manakala mangsa lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seorang nelayan lemas semasa cuba mengeluarkan mangsa keluar dari pesawat jenis CN235 itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan