Diskaun 30 Peratus Khidmat Bas Antara Bandar Dilanjutkan - Berita Semasa | mStar

Diskaun 30 Peratus Khidmat Bas Antara Bandar Dilanjutkan

Diterbitkan: Isnin, 29 Februari 2016 2:10 PM

Gambar hiasan: Bas menuju KL-Seremban.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan potongan harga sebanyak 30 peratus bagi pas bulanan perkhidmatan bas antara bandar terpilih dari Rawang, Klang dan Seremban ke pusat bandar Kuala Lumpur dari 1 Mac hingga 31 Disember 2016.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata harga bagi pas bulanan itu berbeza mengikut laluan serta pengendali perkhidmatan bas berkenaan.

"Penumpang yang layak boleh membeli pas bulanan itu daripada pengendali terbabit bagi menikmati perjalanan yang lancar," kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.

Diskaun yang tertakluk kepada terma dan syarat, kini dibuka kepada semua warganegara yang menetap dan berulang alik dari Seremban, Klang dan Rawang untuk bekerja di Kuala Lumpur.

SPAD berkata diskaun itu hanya untuk pemilik pas bulanan dalam usaha menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

"Inisiatif yang diperkenalkan pada 1 September 2015 adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan bagi mengurangkan kos perjalanan harian bagi pengguna yang menetap di pinggir bandar," katanya. -  BERNAMA

Tags / Kata Kunci: diskaun , bas antara bandar , SPAD
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan