Bayi Lahir Hari Ini Sambut Hari Jadi Pada 2020

Diterbitkan: Isnin, 29 Februari 2016 7:40 PM

Siti Aminah Zainon, Law Lee Pen, Siti Amelia Zulkapri dan Nor Rafizza Ruzaimi bersama bayi masing-masing yang dilahirkan pada tarikh istimewa, 29 Februari 2016 ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Di Kedah, seramai 35 bayi dilahirkan iaitu 20 lelaki dan 15 perempuan di lima buah hospital di negeri ini, sehingga 12 tengah hari Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Istimewa berbanding orang lain, bayi yang dilahirkan hari ini hanya akan dapat meraikan sambutan hari jadinya pada 2020 berikutan tarikh 29 Februari hanya muncul setiap empat tahun sekali iaitu pada tahun lompat.

Tahun lompat 2016 ini nyata lebih bermakna kepada pasangan suami isteri yang dikurniakan cahaya mata, khusus kepada pasangan yang pertama kali berstatus sebagai ibu dan bapa.

Di ibu negara setakat ini, hanya seorang bayi perempuan yang diberikan nama Nur Arikah Maisarah Asyraf, dilahirkan di Hospital Pusrawi pada pukul 7.33 pagi tadi.

Di NEGERI SEMBILAN, seramai 11 bayi iaitu enam perempuan dan lima lelakidilahirkan di Hospital Tuanku Jaafar sehingga pukul 12 tengah hari tadi. 

Bayi terawal dilahirkan ialah bayi lelaki yang dilahirkan Siti Nurhidayu Aliza dengan berat 2.5 kilogram (kg) manakala bayi terberat yang juga bayi lelaki dilahirkan Yap Meng Fong secara pembedahan dengan berat 3.73 kg. 

Di IPOH pula, setakat pukul 3 petang tadi, sebanyak 13 bayi tahun lompat dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) terdiri daripada lapan lelaki dan lima perempuan. 

Pegawai Perhubungan Awam HRPB Normah Mohd Tahir berkata kelahiran pertama pada pukul 1.50 pagi tadi yang merupakan bayi perempuan seberat tiga kilogram dilahirkan oleh Harmina Ishak. 

Dalam pada itu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil kesempatan meraikan ulang tahun kelahiran ke-40 bekas pemain rugbi kebangsaan Ahmad Faizal Ramli yang jatuh hari ini bersama-sama dengan 390 kakitangan lain yang lahir pada bulan Februari. 

Ahmad Faizal kini berkhidmat sebagai pembantu awam bahagian kerja dan bangunan MBI berkata beliau sangat terharu kerana seumur hidup tidak pernah menyambut hari lahir. 

Di GEORGE TOWN, seramai tiga orang bayi termasuk seorang lelaki dilahirkan di Hospital Pulau Pinang, setakat pukul 3 petang tadi. 

Bayi pertama (lelaki) seberat 2.8 kilogram dilahirkan Syarifah Zahidah Syed Hussain, 27, pada 12.34 tengah malam, diikuti bayi seberat 3.3 kg (perempuan) dilahirkan oleh L. Krishnavery, 35, pada 1.25 pagi.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan