Anugerah CSR KER1M

Diterbitkan: Isnin, 29 Februari 2016 3:52 PM

Pelbagai program kebajikan untuk kesejahteraan rakyat dilaksanakan KER1M.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) telah melancarkan Anugerah Corporate Social Responsibility (CSR) sebagai pengiktirafan kepada penaja-penaja dan penyumbang khususnya daripada sektor korporat yang telah banyak membuat program-program CSR.

Anugerah ini layak diterima oleh syarikat-syarikat korporat, penaja atau penyumbangan yang mengintegrasikan keperluan ekonomi dan masyarakat persekitaran yang memerlukan bantuan.

Anugerah Corporate Social Responsibility (CSR) ini diwujudkan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada syarikat-syarikat yang telah membawa impak positif melalui sokongan khidmat sosial dan komuniti dalam pelaksanaan program Tanggungjawab Sosial Korporat.

Tujuan Utama CSR adalah bagi mengiktiraf usaha, program dan aktiviti oleh syarikat-syarikat korporat terutamanya yang telah menunaikan tanggungjawab CSR dan membudayakan konsep Kebajikan Tanggungajwab Bersama demi kepentingan sosial negara.

KER1M akan menjemput sektor swasta yang terpilih untuk mengambil bahagian dalam program dan aktiviti yang dianjurkan KER1M bagi melayakkan mereka menerima anugerah ini.

Kepada yang sudi dan ingin mendaftar, hantarkan maklumat seperti nama syarikat, alamat penuh, pegawai yang boleh dihubungi dan cadangan sumbangan atau aktiviti kepada masyarakat ke csr@1malaysia.info atau layari laman web www.1malaysia.info.




Tags / Kata Kunci: Anugerah CSR KER1M

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan