Ahmad Zahid Tidak Setuju Dasar Pengharaman Ganja Dikaji Semula

Diterbitkan: Ahad, 28 Februari 2016 6:50 PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) merasmikan SK Sundar Lawas pada Ahad. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

LAWAS (Sarawak): Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak setuju dengan cadangan supaya dasar pengharaman ganja di negara ini dikaji semula bagi membolehkan ia digunakan dengan bersyarat.

Beliau berkata ini kerana langkah beberapa negara di Eropah yang membenarkan penggunaan ganja didapati tidak berupaya untuk mengatasi masalah berkaitan penyalahgunaan atau penagihan dadah dengan berkesan.

"Secara peribadi saya berpendapat negara-negara berkenaan tidak boleh dijadikan penanda aras untuk mengizinkan penggunaan dadah itu di sini.

"Saya lihat beberapa kajian ... bila ganja dibenar penggunaan, ia tidak mengurangkan penyalahgunaan dadah di negara berkenaan, malah ia menyebabkan ketagihan berulang dan penambahan penagih baharu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan di Taman Awam, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Keagamaan Parlimen Belia Malaysia Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli baru-baru ini supaya kerajaan memperhalusi dasar pengharaman ganja mengikut situasi semasa dengan melihat kegunaannya daripada aspek positif.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata tahun lepas sebanyak 26,668 penagih dadah dikesan dalam negara, dengan 23.9 peratus merupakan penagih berulang.

Beliau berkata apa yang malang ialah 73.4 peratus daripada penagih itu terdiri daripada kumpulan umur 18 dan 39 tahun, malah menurutnya pada tahun 2014 penagih paling muda dilaporkan berumur 13 tahun, manakala tahun lepas paling muda berumur tujuh tahun.

Katanya kajian oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah mengenal pasti 178 kawasan berisiko tinggi di seluruh negara yang dianggap sebagai kawasan panas pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid mengisytiharkan 2016 sebagai Tahun Memerangi Dadah secara besar-besaran buat semua agensi yang berkaitan seperti polis, AADK dan PEMADAM.

Terdahulu, Ahmad Zahid memulakan lawatan kerja di sini dengan  dengan meninjau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas dan mendengar taklimat mengenai cadangan pembinaan balai polis baharu.

Menurutnya selain IPD Lawas, pihaknya sedang mengusahakan peruntukan bagi menaik taraf dan membangunkan tiga lagi balai polis sekitar sini yang terdiri daripada balai polis Sindumin, Merapoh dan Sundar. -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan