Rakyat Tidak Mahu Situasi Celaru Dalam Politik - Liow

Diterbitkan: Ahad, 28 Februari 2016 6:47 PM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Pihak yang cuba menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara tidak sah perlu sedar bahawa rakyat tidak mahu melihat situasi politik yang bercelaru di negara ini. 

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, rakyat Malaysia tidak mahu terbeban dengan polemik politik, selain Malaysia juga memerlukan kerajaan yang stabil bagi memajukan ekonomi, khususnya dalam situasi mencabar sekarang. 

"Ini adalah masa untuk kita bergerak ke hadapan dan pastikan kerajaan tumpu kepada pembangunan negara. Kita kena kuatkan kerajaan dan tidak boleh kurang fokus serta pastikan tumpuan tidak dialih kepada isu terlalu polemik menggunakan isu tidak berasas. 

"Apa yang penting kita tahu perdana menteri telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa transformasi dan meningkatkan ekonomi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Kampung Baru Bukit Tinggi di sini, Ahad.  

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Liow yang juga anggota Parlimen Bentong memaklumkan hasrat untuk membangunkan daerah itu sebagai destinasi agropelancongan bagi meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

"Kawasan ini sudah terkenal dengan produk pertanian khususnya halia, selain itu Bentong juga mempunyai destinasi menarik lain seperti Air Terjun Chamang, kolam air panas dan juga resort di kawasan berbukit di Janda Baik serta BukitTinggi," katanya.  

Beliau juga memuji inisiatif Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Tinggi yang mahu menubuhkan pusat pengumpulan dan penjualan hasil pertanian kerana ia dapat mengekang aktiviti orang tengah dalam penjualan hasil pertanian.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Liow Tiong Lai , MCA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan