Najib Minta Komuniti Cina Sarawak Sokong BN

Diterbitkan: Ahad, 28 Februari 2016 7:10 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu masyarakat Cina Sarawak memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Semasa berucap pada majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu di Dataran Bandar Sibu di sini pada Sabtu malam, beliau berkata mereka perlu berhenti berpecah.

"Kita mahu masyarakat Cina diwakili dengan utuh dalam kerajaan negeri ini.

"Jika masyarakat bumiputera lain boleh memberi sokongan penuh kepada Adenan dan pasukannya, masyarakat Cina juga perlu melakukan perkara sama untuk mempunyai kerajaan negeri yang kuat," katanya.

Najib berkata sekiranya kerajaan negeri kuat, Adenan akan berada dalam yang kedudukan yang lebih baik untuk bercakap dan berunding dengan kerajaan Persekutuan berhubung perkara seperti peruntukan pembangunan, kuasa lebih besar dan sebagainya yang boleh memanfaatkan rakyat negeri ini.

"Adenan telah bercakap dan melakukan perkara yang betul. Beliau perlukan lebih banyak masa untuk menyampaikannya," kata Najib.

Sementara itu, Najib berkata dengan Adenan menganggap dirinya sebagai satu-satunya perdana menteri yang mempunyai komitmen besar untuk membangunkan Sarawak, ia adalah pengiktirafan yang besar buat dirinya.

"Sarawak adalah sebuah negeri yang sangat luas. Saya mahu setiap ceruk dan sudutnya mendapat manfaat daripada usaha pembangunan yang dijalankan.

"Kita akan jadikan pembangunan infrastruktur di negeri ini sebagai keutamaan kita," katanya.

Dalam hal ini, Najib berkata beliau akan melancarkan pakej lain dalam kerja-kerja menaik taraf dan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo pada April ini.

"Saya akan lancarkan laluan dari Bintangor ke Julau dan Bulatan Lapangan Terbang Sibu hingga Jambatan Sungai Kua di Selangau,"katanya.

Najib juga berkata adanya rancangan untuk menaik taraf Sibu daripada perbandaran kepada status bandar.

"Cadangan itu belum dikemukakan kepada Kabinet tetapi saya akan memberikan sokongan penuh," katanya.

Mengenai sambutan itu, Najib berkata seperti perayaan berasaskan komuniti utama lain, ia petanda baik bagi perpaduan negara kerana ia adalah tentang keharmonian sosial dan kesepaduan sosial dalam kalangan pelbagai kumpulan etnik.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tong Lai adalah antara tetamu kehormat yang hadir.

Majlis itu turut dihadiri lebih 10,000 orang.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , BN

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan