Konvoi Berbasikal 1Wilayah Persekutuan Diiktiraf MBOR

Diterbitkan: Ahad, 28 Februari 2016 10:36 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Konvoi Berbasikal 1Wilayah Persekutuan melakar kejayaan tersendiri dengan penyertaan sebanyak 16,647 individu, dan  mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MOBR).

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Anggota Parlimen Putrajaya menerima sijil pengiktirafan Acara Kayuhan Basikal Teramai yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MBOR Datuk Michael Teo.

Perasmian program anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) serta Persatuan Berbasikal Putrajaya itu disempurnakan Tengku Adnan.

Program berkenaan terbuka kepada semua secara percuma dengan menawarkan dua kategori iaitu laluan 10 kilometer (km) dan 40km bermula di Dataran Putrajaya, Presint 3 dan berakhir di tempat yang sama.

Terdahulu, Tengku Adnan dalam ucapannya berkata, tujuan program diadakan adalah bagi memupuk semangat cintakan Wilayah Persekutuan serta mengamalkan gaya hidup sihat serta cergas.

"Ia juga mewujudkan satu suasana yang harmoni dan bersatu bersesuaian dengan slogan Wilayah Ceria Rakyat Sejahtera. Kita amat untung kerana Malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan mengadakan beriadah dengan tenang tanpa sebarang ketakutan," katanya.

Tambahnya, soal perpaduan ini perlu dijaga dengan baik serta bersyukur kerana kerajaan yang mentadbir negara ini mampu mengekalkan keamanan dan mengutamakan kepentingan rakyat serta kesejahteraan negara.

"Adalah diharap program berkenaan dapat membentuk masyarakat yang cergas, sihat fizikal dan cerdas minda, selain menyemai sikap hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat," katanya.

Selain program Konvoi Berbasikal, Karnival Mini Sukan turut diadakan di kawasan sekitar, antaranya kabbadi, boleh keranjang, street soccer, bola jaring dan bola tampar.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Mohd Ikshan dan Presiden PPj Datuk Seri Hasim Ismail.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan