Harap Lebuhraya Pan Borneo Bantu Kurangkan Kemalangan Maut

Diterbitkan: Ahad, 28 Februari 2016 2:33 PM

(Ubah saiz teks)

SARIKEI: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) berharap pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sarawak dan Sabah mampu membantu mengurangkan kadar kemalangan maut di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Abd Ghafar Yusof berkata pembinaan lebuh raya itu sudah tentu akan menambah baik jalan raya di Sarawak yang keadaannya beralun disebabkan dibina di atas laluan tanah berpaya dan tanah gambut.

Menurutnya selain berpunca daripada sikap pemandu, keadaan jalan raya dan kenderaan turut menjadi penyumbang kepada kemalangan.

"Kita harap dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo ini, sebahagian besar daripada masalah jalan beralun dapat diselesaikan dan seterusnya membantu mengurangkan kemalangan maut," katanya.

Terdahulu beliau mengagihkan 30 topi keledar kepada penunggang motosikal di bandar ini sempena kempen keselamatan jalan raya JKJR Sarawak.

Turut hadir Pengarah JKJR Sarawak Davina Agnes Enteli dan Pemangku Ketua Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan Sarikei, Zokipli Kawi.

Projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 1,663 kilometer yang menelan belanja RM29 bilion itu akan menjadi laluan utama menghubungkan Sarawak dan Sabah.

Mengulas lanjut, Abd Ghafar berkata sekiranya tiada tindakan diambil untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya menjelang 2020, jumlah kematian yang diunjurkan lebih 6,000 orang dijangka meningkat kepada lebih 10,000 orang di seluruh negara.

Beliau berkata sasaran JKJR melalui pelan keselamatan jalan 20142020 adalah mengurangkan kadar kematian kepada 5,000 orang atau lebih rendah. 

Tags / Kata Kunci: Pan Borneo , Sarawak

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan