Umno Pagoh Tentang Keputusan Gantung Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 27 Februari 2016 3:33 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin

(Ubah saiz teks)

PAGOH: Ahli-ahli Umno Bahagian Pagoh menentang keputusan parti menggantung ketuanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden.

Setiausaha bahagian itu, Ashraf Mokhtar berkata keputusan oleh Majlis Tertinggi (MT) pada Jumaat tidak mengikut prosedur yang betul seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.


"Majlis Tertinggi dan Perlembagaan Umno telah disalahgunakan oleh presiden yang mengenepikan proses demokrasi dalam Umno.

"Tan Sri Muhyiddin telah dipilih (sebagai timbalan presiden) oleh ahli-ahli di seluruh negara, oleh itu Majlis Tertinggi telah mengkhianati ahli-ahlinya, " kata Ashraf pada sidang akhbar, Sabtu.

Asraf berkata Muhyiddin hanya mengetengahkan isu-isu berkaitan Perdana Menteri berdasarkan laporan daripada agensi-agensi kerajaan seperti bekas Peguam Negara, Gabenor Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Tan Sri Muhyiddin hanya menasihatkan presiden untuk mengukuhkan parti, bukan untuk kepentingan peribadi,"katanya.

MT Umno pada Jumaat menggantung Muhyiddin daripada memegang jawatan timbalan presiden parti sehingga pemilihan parti akan datang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan