Kementerian Perinci Cadangan Beri Ruang Mat Rempit Berlumba

Diterbitkan: Sabtu, 27 Februari 2016 8:22 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kementerian Pengangkutan akan membuat kajian terperinci berhubung cadangan mahu membenarkan golongan mat rempit berlumba di jalan raya di ibu negara kerana perkara itu akan melibatkan banyak pihak dengan risiko tertentu.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kajian menyeluruh perlu dilakukan untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang bakal berlaku di kawasan yang dikhaskan untuk mat rempit itu selain risiko kemalangan melibatkan golongan itu.

"Paling mustahak jika cadangan itu dilaksanakan, pihak terlibat perlu mengenal pasti penutupan kawasan-kawasan tertentu untuk aktiviti perlumbaan di jalan raya perlu memenuhi syarat keselamatan yang ditetapkan.

"Saya rasa semua pihak perlu tahu menunggang motosikal dengan laju boleh membunuh jadi cadangan itu perlu dikaji dengan mendalam...keselamatan penunggang amat penting dan pendapat saya lebih elok sekiranya merekapergi ke tempat yang lebih selamat contohnya ke litar F1 di Sepang kerana kalau menunggang secara laju di bandar raya adalah tidak digalakkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk kerajaan menyediakan litar perlumbaan motosikal di kawasan tertentu di ibu negara untuk anak muda yang berminat berlumba.

Cadangan itu akan dilakukan dengan penutupan jalan kepada kereta selama beberapa jam di jalan yang akan dikenal pasti bertujuan memberi pilihan kepada golongan muda untuk melakukan aktiviti perlumbaan secara lebih baik berbanding perlumbaan haram yang dilakukan sekarang.

Terdahulu, beliau merasmikan Karnival Chap Goh Mei di Kampung Cina di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi MCA negeri Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw.

Ditanya mengenai kenyataan Ketua Polis Negara Tan Dri Khalid Abu Bakar untuk mengheret mereka yang memandu tanpa lesen ke mahkamah, beliau berkata cadangan itu sangat bernas untuk keselamatan pengguna jalan raya.

"Ini bukan soal hendak denda rakyat Malaysia, tetapi kita sayang rakyat Malaysia dan penguatkuasaan seperti ini diharap mampu mendidik masyarakat untuk mematuhi undang-undang jalan raya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan