Berusia 24 Tahun Tapi Sudah Bergelar 'Pakar' Tarian Singa

Diterbitkan: Sabtu, 27 Februari 2016 11:07 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penari tarian singa Kent Wong baharu berusia 24 tahun tetapi dia sudah mempunyai misi untuk terus mengekalkan seni tarian singa.

Kent, yang telah membuat persembahan tarian singa selama 12 tahun turut menjadi jurulatih sambilan dengan melatih bakat-bakat baharu penari tarian singa di Malaysia.

"Mengajar generasi akan datang akan memastikan kesinambungan tradisi masyarakat Cina ini," katanya.

Bagaimanapun, melatih pasukan baharu, E-Xin sejak setahun lalu adalah sesuatu yang amat mencabar.

"Bukan mudah untuk mendapatkan ahli baru.

"Kebanyakannya disebabkan wang. Bagi kebanyakan daripada mereka, ini bukanlah satu pekerjaan yang lumayan.

"Dan dari segi fizikal, ia juga agak sukar. Sesetengah daripada mereka sukar untuk datang latihan kerana latihan sering diadakan pada malam minggu," katanya.

Untuk memastikan pelajar-pelajar datang latihan, dia membantu dari segi membawa mereka ke pusat latihan dan menghantar mereka pulang.

Walaupun sukar untuk mencari perantis muda yang benar-benar mahu memperjuangkan dan mengekalkan tarian singa pada masa kini, tetapi ia sebenarnya masih wujud seperti Janson Chan, 16, yang turut mendedikasikan hidupnya untuk tarian singa.

Janson yang bermain drum menjadi anak didik Wong sejak lima tahun  lalu dan sejak itu tidak lagi menoleh ke belakang.

"Jika anda suka, anda tidak akan cepat berputus asa," kata Janson.

"Latihan adalah memenatkan, tetapi saya tetap datang berlatih kerana saya benar-benar sukakan tarian singa."

Janson mengakui bahawa latihan tarian singa mungkin terlalu sukar bagi kebanyakan orang muda hari ini, tetapi demi memelihara budaya, dia tetap meneruskannya.

"Ramai orang muda berhenti melakukannya kerana mereka tidak dapat menahan kesusahan," katanya.

"Ia menyukarkan kami, tetapi kami perlu meneruskannya. Kami perlu memperkenalkan budaya ini dari generasi ke generasi supaya orang tidak akan lupa akan tarian singa. "
Tags / Kata Kunci: tarian singa , Kent Wong

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan