MILF Harus Berpegang Teguh Proses Damai Walau Berdepan Halangan - PM

Diterbitkan: Sabtu, 27 Februari 2016 8:39 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) harus berpegang teguh kepada proses damai walaupun menghadapi halangan kerana ia adalah pilihan yang praktikal untuk menyelesaikan isu Bangsamoro di selatan Filipina.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata setakat ini proses itu terbukti sangat berjaya untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan yang relatif di selatan Filipina.

"Kembali kepada perjuangan bersenjata pasti bukan pilihan dan pertumpahan darah harus dielakkan dalam apa keadaan sekalipun," kata beliau dalam satu kenyataan selepas menemui Pengerusi MILF Murad Ebrahim Jumaat.

Bagaimanapun, Najib tidak menyebut venue pertemuan tersebut tetapi berkata pertemuan itu bagi membincangkan proses damai di Selatan Filipina yang Malaysia bertindak sebagai perantara.

"Saya telah mencapai persefahaman dengan Al-Haj Murad Ebrahim bahawa MILF harus mengekalkan manfaat paling signifikan dalam proses damai, Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro (CAB)," kata beliau.

Beliau menggesa MILF untuk terus bersatu terutama pada masa yang menguji kesabaran bagi menghadapi ketidakpastian dan cabaran.

Najib juga berkata beliau telah mengulangi komitmen Malaysia untuk menyokong proses damai di luar Presiden Benigno Aquino, dan bersedia dan sanggup bekerjasama dengan Presiden Filipina yang baharu, tidak kira siapa yang memenangi pilihan raya yang akan berlangsung pada Mei tahun ini, mengenai isu itu.

"Sebagai tanda komitmen Malaysia, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengiringi kumpulan baharu pemerhati dalam Pasukan Pemantauan Antarabangsa (IMT) semasa proses penyerahan di Cotabato City, bulan depan," kata beliau.

Najib berkata Murad mengikrarkan komitmennya yang amat tinggi untuk mengekalkan keamanan dan manfaatnya.

"Saya telah menggalakkan Al-Haj Murad Ebrahim untuk mendekati secara aktif  kumpulan Moro yang lain bagi memupuk perpaduan Bangsamoro dan memastikan keterangkuman proses damai sekarang," kata beliau.

"Saya menyeru semua kumpulan di Mindanao supaya menolak fahaman radikal dan ekstremisme. Sebagai umat Islam, kita mesti menegakkan dan melaksanakan wasatiyah yang memperjuangkan cara hidup sederhana, adil dan seimbang," kata beliau.

Perdana Menteri berkata, ia juga merupakan hasrat peribadinya untuk melihat keamanan yang berkekalan wujud kerana beliau juga menganggap proses damai Filipina-MILF sebagai model untuk menyelesaikan konflik yang sudah lama berlarutan.

"Proses ini bukan sahaja mewujudkan keamanan di selatan Filipina tetapi juga juga di rantau itu.

"Jika proses tersebut akhirnya selesai, ia juga akan melindungi Asia Tenggara daripada ancaman kumpulan militan," kata beliau.

Najib juga melahirkan keyakinan bahawa pihak-pihak yang bertelagah akan terus komited untuk mewujudkan keamanan yang berkekalan, dan Malaysia akan terus menjadi perantara yang jujur dalam proses ini.

Perjanjian damai komprehensif antara kerajaan Filipina dan MILF, yang Malaysia bertindak sebagai perantara, ditandatangani pada 27 Mac, 2014.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan