Kota Kinabalu Wetlands Bakal Diisytihar Tapak Ramsar Ke-7 Negara

Diterbitkan: Sabtu, 27 Februari 2016 5:13 PM

WanJunaidi merasmikan Sambutan Hari Tanah Lembap 2016 peringkat kebangsaan serta melancarkan buku 'A Guide to the Plants of Kota Kinabalu Wetlands' pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kerajaan akan mengisytihar Kota Kinabalu Wetlands, kawasan tanah lembap di tengah pusat bandar raya ini sebagai tapak ramsar ketujuh negara, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata kementeriannya kini sedang dalam proses meneliti perkara tersebut sebelum kawasan konservasi hutan paya bakau berkeluasan 24 hektar itu dengan terdapat 90 jenis burung diiktiraf sebagai tapak ramsar.

"Kota Kinabalu Wetlands mencukupi semua kriteria untuk didaftarkan sebagai tapak ramsar. Insya-Allah dalam masa terdekat, kita akan mendapatkan keputusan kerajaan bagi mengisytiharkan kawasan ini sebagai tapak ramsar ketujuh negara. Mungkin dalam tempoh tiga hingga empat bulan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan HariTanah Lembap 2016 peringkat kebangsaan serta melancarkan buku 'A Guide to the Plants of Kota Kinabalu Wetlands' di sin, Sabtu.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dan Presiden Sabah Wetlands Conservation Society (SWCS), Datuk Zainie Abd Aucasa.

Wan Junaidi berkata setakat ini Malaysia mempunyai enam kawasan tapak ramsari aitu Tasek Bera, Pahang; Tanjung Piai Pulau Kukup dan Sungai Pulai, Johor; Kuching Wetland National Park, Sarawak; dan Lower Kinabatangan-Segama Wetlands, Sabah.

Beliau juga mahu setiap kerajaan negeri memelihara dan memulihara kawasan paya bakau kerana ia amat penting sebagai tempat pembiakan hidupan laut serta menjaga flora dan fauna.

Katanya kerjasama kerajaan negeri dalam pemeliharaan dan pemuliharaan hutanjuga adalah amat penting memandangkan negara banyak terlibat dengan konvensyen dan perjanjian antarabangsa bagi memastikan kelestarian alam sekitar.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Junaidi memuji prestasi kerajaan negeri Sabah dalam menjaga hutan dan alam sekitar dengan memastikan pembangunan di negeri ini seiring dengan usaha memantapkan program pemuliharaan hutan.

Disamping itu, beliau turut mengingatkan agensi yang terlibat dalam projek pembangunan agar tidak melibatkan kawasan pemuliharaan hutan dan tapak ramsar sebagai kawasan membangunkan projek sebaliknya perlu mencari kawasan yang lebih sesuai untuk tujuan tersebut.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukkan dari kementerian sejumlah RM750,000 kepada SWCS untuk kegunaan aktiviti dan program konservasi di Kota Kinabalu Wetlands.

Kerajaan negeri pula menyumbang RM500,000 kepada SWCS. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Kota Kinabalu Wetlands , ramsar

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan