MT Umno Sepatutnya Usul Gantung Jawatan Presiden - Khairuddin - Berita Semasa | mStar

MT Umno Sepatutnya Usul Gantung Jawatan Presiden - Khairuddin

Diterbitkan: Sabtu, 27 Februari 2016 10:16 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berpendapat ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sepatutnya mengusulkan untuk menggantung jawatan presiden parti itu sehingga siasatan skandal 1MDB selesai dilakukan.

Dalam kenyataan pada Sabtu, beliau mendakwa imej Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri telah tercemar berikutan wang derma RM2.6 billion dan wang syarikat SRC International berjumlah RM42 juta.

"Kaki bodek yang menduduki MT Umno sepatutnya membawa usul untuk menggantung jawatan presiden kerana ianya benar-benar mencemarkan reputasi baik parti. Pandangan rakyat begitu jelek sekali terhadap parti Umno.

"Inilah akibatnya sekiranya Umno ditadbir oleh kalangan mereka yang menjahanamkan reputasi Umno secara langsung!

"Tan Sri Muhyiddin Yassin menang melalui proses pemilihan yang dipilih oleh keseluruhan perwakilan dari seluruh negara boleh dipecat secara sewenang-wenangnya apabila bercakap mengenai isu-isu penting.

"MT Umno tidak lagi menghormati kehendak ahli-ahli yang sentiasa mahukan tokoh-tokoh pemimpin lawan rasuah dan penyelewengan," kata Khairuddin dalam kenyataan di Facebooknya.

Tambahnya," Umno kini sedang dimandikan (seperti)  jenazah, sedang dikafankan serta sedang menuju ke liang lahat untuk dimakamkan secara berkekalan! Masa depan umno amat kelam!"

Tags / Kata Kunci: Umno , 1MDB
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan