Penggantungan Muhyiddin Bukan Untuk Pecah-Belah Parti

Diterbitkan: Sabtu, 27 Februari 2016 2:22 PM

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Keputusan Majlis Tertinggi Umno untuk menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno, dibuat bukan bertujuan memecah-belahkan parti.

Sebaliknya, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno merangkap Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, ia bagi menentukan setiap anggota Umno terikat dengan disiplin parti, biarpun apa jua jawatannya.

Kata Salleh, beliau percaya keputusan itu dibuat secara menyeluruh, antaranya selepas mempertimbangkan tugas sebenar seorang timbalan presiden, yang harus mampu membantu presiden dalam menguatkan parti.

"Tetapi, dalam hal ini, mereka (MT Umno) berpendapat Tan Sri Muhyiddin gagal berbuat demikian. Itu sebab, mereka merasakan jawatan beliau sebagai timbalan presiden perlu digantung.

"Bagaimanapun, beliau masih boleh terus memainkan peranan sebagai Ketua Umno Bahagian Pagoh dan anggota parti kerana ini bukannya penggantungan keahlian, ia hanya penggantungan menjalankan tugas," katanya.

Salleh ditemui pemberita dalam majlis perasmian Kempen Keahlian dan Daftar Pengundi 2016 dan Mini Karnival Orang Muda anjuran Pergerakan Puteri Umno Malaysia di Dataran Persiaran Kluang di sini Sabtu.

Dalam mesyuaratnya di Kuala Lumpur semalam, MT Umno sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden parti berkuat kuasa serta-merta.

Berikutan keputusan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan menjalankan tugas timbalan presiden parti.

Salleh berkata keputusan juga harus dilakukan disebabkan dalam sesetengah isu, Muhyiddin mempunyai pendapat dan pendirian berbeza daripada parti, dan ini memungkinkan kekuatan parti terjejas.

"Prinsipnya, seorang timbalan presiden mesti dapat menjalin kerjasama erat dengan presiden dalam menghadapi masalah mendatang. Tambahan pula sekarang ini, kita menghadapi masalah ekonomi dunia dan sedar atau tidak sedar, masalah itu turut kita rasai.

"Dalam konteks sedemikian, kita harus bekerjasama agar dasar-dasar kerajaan dalam menangani permasalahan ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin," katanya.

Ditanya sama ada keputusan itu akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap Umno, Salleh yang juga Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Sabah, berkata rakyat masih yakin dengan Umno, namun parti harus bijak menangani persepsi negatif yang akan dilontarkan sesetengah pihak menerusi media sosial.

"Dahulu kita tidak memikir ini (media sosial) penting kerana menurut mentaliti, kita hendak guna cara konvensional iaitu perjumpaan dan pertemuan bersama rakyat.


"Tetapi, sebenarnya, ada lagi perkara lain yang perlu kita tangani iaitu media sosial. Kita tidak boleh membiarkannya, sebab itu kita kena melibatkan diri," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan